Hos dan pelawak Issey Fazlisham kini mengorak langkah kerjaya seninya selepas tampil mengarah menerusi sebuah telefilem berjudul Nawfal Nak Raya.
Bakal bersiaran tidak lama lagi, Issey mendedahkan naskhah berkenaan mengisahkan mengenai kisah anak tempatan yang membuat persiapan menyambut Syawal.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsinya lagi, sesi penggambaran telefilem tersebut bermula hari ini sekaligus mengimbas kenangan lama.
“Hari ni hari pertama aku mengarah telemovie. Tajuk Nawfal Nak Raya. Kisah anak Chow Kit nak sambut raya.
“Chow Kit memang tinggal banyak kenangan dekat aku. Masa kecik tahun 90 an, Datang KL mesti tido hotel di Chow Kit. Zaman tu, arwah abah aku ada ramai kawan Kelantan di Chow Kit,” tulisnya.
Pelakon kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini turut me dedahkan, dia pernah berniaga gerai makanan di sekitar jalan berkenaan, sekitar 5 tahun lalu.
“Tahun 2017 sekali lagi kenangan besar aku di Chow Kit. Berniaga street food. JMT Cafe. Oh Chow Kit. Seribu kenangan di sini,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Issey Fazlisham