Seperti umum mengetahui, syarikat produksi drama dan filem tidak menjalankan penggambaran seperti kelazimannya ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
Oleh itu, ada sesetengah pihak produksi yang telah mengambil langkah alternatif lain demi meneruskan penggambaran dalam norma baharu, misalnya dengan menerusi penggunaan gajet terkini.
Pelakon, Emelda Rosemila misalnya ada berkongsi cerita pengalaman sewaktu menjalani pengambaran drama rantaian, SMK musim ketiga yang dilaksanakan secara virtual menerusi aplikasi Zoom.
Menurut Emelda, ini kali pertama dia bersama rakan pelakon lain menjalani penggambaran secara virtual meski sudah lebih 20 tahun melibatkan diri dalam lakonan.
“Sebenarnya, pengambaran yang dijalankan secara virtual merupakan pengalaman yang pertama buat saya dan sudah semestinya dari segi cabaran ada sedikit perbezaan.
Ads
“Tapi saya tak rasa mencabar sangat sebab saya ada suami yang sentiasa membantu supaya semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah.
“Saya kadang-kadang rasa macam ‘diva’ pula kerana dari segi persediaan kamera, pengcahayaan dan sebagainya, semuanya menjadi lebih mudah dengan bantuan suami.
“Malah, kebanyakan barang keperluan untuk menjalankan penggambaran dalam cara tersebut kebanyakan suami sudah ada, jadi ia memudahkan.
“Rasa syukur sangat kerana semua berjalan dengan lancar,” katanya.
Ads
Selain itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli ini turut berasa gembira kerana berpeluang untuk menimba ilmu serta pengalaman baru.
“Jujurnya, rasa seronok sebab sekurang-kurangnya saya boleh belajar banyak benda yang baru dan dapat menimba pengalaman, meski kita semua berada dalam keadaan norma baharu.
“Walaupun kadang-kadang tidak dinafikan, macam huru-hara juga kat rumah ni masa nak buat rakaman. Kelam kabut juga dibuatnya,” selorohnya.
Ads
Untuk info, SMK musim ketiga kali ini menelusuri pengalaman para pelajar yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Drama ini turut dibintangi barisan pelakon kanak-kanak seperti Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan dan ramai lagi.
Selain Emilda, pelakon Zain Hamid, Nabila Razali, Nasz Sally dan Nizam Jentik-Jentik juga terlibat dalam drama bersiri yang bakal mula bersiaran mulai 25 Ogos, setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ceria HD, On Demand dan Astro GO itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terukir senyuman kegembiraan isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne apabila menerima hadiah istimewa bersempena hari jadinya yang ke-29 tahun.
Anne meluahkan rasa syukur dan gembira kerana menerima hadiah satu set periuk multi fungsi jenama Thermomix yang kini menjadi kegilaan kaum wanita dari suami tersayang.
Difahamkan, set periuk buatan negara Jerman itu dianggarkan bernilai hampir RM8,000.
“Alhamdulillah yaAllah di hari lahirku hari ni,engkau panjangkan umurku dan beri kesihatan buat diriku serta engkau hadirkan orang2 yg terindah dalam hidupku.
“Dalam susah ataupon senang, alhamdulillah yaAllah aku bersyukur kepadamu.
“Terima kasih pada ibuku yg melahirkan aku ke dunia ni,menjaga dri kecik sehingga la besar,jasa mu akan kukenang sampai mati.
“Terima kasih jugak buat suamiku tercinta,bagi hadiah birthday tahun ni…..lepas ni lagi rajin la saya masak.saya sayang awak semua…muah
Di samping itu, rata-rata peminat memuji sikap penyayang Achey terhadap isterinya.
Sekadar informasi, Anne mendirikan rumah tangga bersama Achey sejak sembilan tahun yang lalu dan mengambil seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Anne Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini berhijrah ke Ratchaburi, Bangkok menemani Safawi yang bermain untuk kelab Ratcaburi FC, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, berkata di sana dia memberikan sepenuh tumpuan dan fokus terhadap tugasnya sebagai seorang isteri.
“Kehidupan di Ratchaburi okay sebab saya dengan suami sahaja. Memang seratus peratus saya beri perhatian pada dia sahaja.
“Di sana memang saya betul-betul jadi surirumah sepenuh masa.
“Tempat kami duduk tu susah nak cari makanan halal, jadi memang hari-hari saya akan memasak tapi saya okay sahaja sebab memang suka memasak,” katanya lagi.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Sebalik melangsungkan perkahwinan, pasangan ini kemudiannya terbang ke Ratchaburi kerana Safawi kini bermain untuk kelab bola sepak Liga Thailand, Ratchaburi FC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose ada memuat naik satu klip pendek rakaman muzik video dia bersama rakan artis lain yang menyanyikan 12 lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).
Selain Rasyha, turut sama tampil menyumbangkan suara ialah penyanyi Azmi Saat, Dean Eiman dan Hannah Delisha.
Aktres berusia 24 tahun optimis lalu meluahkan rasa gembira dan syukur atas peluang yang diberikan dan berharap peminat terhibur menonton muzik video hasil kerjasama Valient Music itu.
Perkara tersebut dikongsikan Dewi Remaja 2015 ini menerusi satu posting di Instagram.
“AJL 35 medley. blessed to be given this opportunity. thank you @valientmusic. Pengalaman berkolaborasi dengan barisan penyanyi professional @hannahdelisha @azmi_saat @deaneiman.
“Hope you guys like it cause gosh ive been so anxious plus excited nak korang dengar! Let me know what you think!,” tulisnya.
Dalam pada itu, kakak kepada Raysha iaitu pelakon Uqasha Senrose juga meluahkan rasa bangga dengan adiknya yang turut berkebolehan dalam bidang nyanyian.
“MasyAllah so proud of you my sister dada sayang. @raysharizrose. Yes! thats my sister, i love you dada,” tulisnya.
Selain Uqasha, peminat turut memberikan komen positif selepas menonton perkongsian tersebut dan rata-ratanya turut memuji penampilan Raysha bersama artis lain.
Versi penuhnya boleh ditonton menerusi YouTube dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
AJL35 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac depan di TV3.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.