Kepimpinan melalui tauladan, itulah yang boleh disinonimkan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika keluar membeli belah barangan dapur di sebuah pasaraya.

Kini digelar sebagai ‘Tan Sri Abah’ atas sifat penyayang yang ditonjolkan, tindakan Muhyiddin mengamalkan asas kebersihan dan turun padang meninjau keadaan rakyat mendapat pujian.

Malah, netizen turut berseloroh berjenaka Muhyiddin bukan sahaja bijak memimpin negara, namun handal membeli barangan dapur tanpa memerlukan senarai barangan di tangan.

Ads

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” tulisnya.

Ads

Mendapat perkongsian lebih 7 ribu perkongsian di Facebook, rata-rata netizen meluahkan penghargaan atas tindakannya meninjau sendiri keadaan semasa yang berlaku.

Ads

“Shopping Tak Bawa List,” – Bila PM Kita Beli-Belah Sendiri Barang Dapur, Satu Malaysia Teruja “Shopping Tak Bawa List,” – Bila PM Kita Beli-Belah Sendiri Barang Dapur, Satu Malaysia Teruja “Shopping Tak Bawa List,” – Bila PM Kita Beli-Belah Sendiri Barang Dapur, Satu Malaysia Teruja “Shopping Tak Bawa List,” – Bila PM Kita Beli-Belah Sendiri Barang Dapur, Satu Malaysia Teruja

Foto : Instagram & Facebook Muhyiddin Yassin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI