Wartawan, Sumisha Naidu mengesahkan akaun Twitter yang disangka oleh netizen milik pengacara, Azwan Ali sebenarnya adalah palsu.
Perkara itu disahkan sendiri pengacara yang mesra disapa Diva AA itu menerusi satu khidmat pesanan ringkas yang dikongsikan wartawan tersebut di laman Twitter miliknya.
“Confirmed @AzwanHajiAli is not actually Azwan Ali,” tulisnya.
Menerusi pesanan ringkas tersebut, Azwan memberi tahu, dirinya sudah tidak mempunyai akaun Twitter lagi sejak lima tahun yang lalu.
“FAKED YA. DIVA AA NO MORE TWITTER FOR 5 YEARS. TQ,” tulisnya.
Ternyata selama ini, akaun tersebut bukanlah milik Azwan Ali tetapi namanya telah digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat seperti juga sudah menjangkakan perkata tersebut.
Terdahulu, nama Azwan Ali kembali hangat diperkatakan selepas tersebar video intim mirip seorang menteri.
Malah, ia turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sumber: Twitter Sumisha Naidu