
Baru-baru ini, persembahan penyanyi Sam Smith dalam sebuah konsert yang berlangsung di Sheffield, United Kingdom menerima kritikan hebat daripada ramai pihak.
Rata-rata mengecam tindakan penyanyi berusia 31 tahun yang disifatkan keterlaluan dalam menggayakan persalinan dalam konsert berkenaan.
Memakai topi seakan tanduk syaitan dan hanya berseluar dalam hitam, imej Sam atau nama sebenar Samuel Frederick Smith dikutuk kerana terdapat kanak-kanak yang turut menghadiri konsertnya itu.
Imej yang ingin ditonjolkan Sam sejak kebelakangan ini mendapat kecaman ramai yang mana ia sangat bertentangan dengan gaya terdahulunya yang kelihatan lebih kemas dan tidak keterlaluan dalam berfesyen.
Malah, gayanya memakai baju latex hitam ketika menghadiri Anugerah Brit pada Februari turut dikecam kerana seolah-olah menyerupai plastik sampah dan bentuk seekor anjing.
Sam menerusi kenyataannya kepada pihak media sebelum ini menggelarkan dirinya seorang non-binary iaitu tidak menentukan jantinanya sebagai seorang lelaki ataupun perempuan.
Sebaliknya, dia ingin menggunakan kata nama ‘them’ bagi menggelarkan dirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kurus Salah, Berisi Salah. Apa Korang Ni,” – Nina Iskandar

Pelakon jelita, Nina Iskandar ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi bintang kelahiran Brunei itu, dia telah berada di kota Singapura, beberapa hari yang lalu.
“THANK YOU SINGAPORE! Flying back to Malaysia with a smile. Alhamdulillah!,” tulisnya.
View this post on InstagramTHANK YOU SINGAPORE! Flying back to Malaysia with a smile. Alhamdulillah! 🤗
A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on
Bagaimanapun, perkongsiaan Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen berkata bintang drama bersiri Andainya Takdir itu kelihatan semakin kurus dan susut dari sebelumnya.
Lalu,pelakon berusia 27 tahun itu dilihat ada memberi respon di ruangan komen gambar tersebut.
“Hmmm… kurus salah, berisi salah. Apo korang ni angle je pun. Chill!,” balas Nina.
Dalam pada itu, peminat memberi nasihat kepada bintang asal Brunei untuk tidak menghiraukan kata-kata netizen yang berbaur negatif terhadap dirinya.
Untuk rekod, Nina telah dilahirkan pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan, Brunei dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.
Foto : Instagram Nina Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Angkara’ Siti Nordiana

Bagi memberikan kelainan, Siti Nordiana yang bakal muncul dengan single terkini berjudul Angkara ada memberikan buah tangan yang cukup istimewa buat para peminatnya.
Sebelum melancarkan single hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan dirinya sendiri itu, bintang yang sinonim disapa Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik (MV) Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.
Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab.
Menariknya, episod keempat itu juga adalah MV penuh Angkara.
Episod pengenalan sudah pun ditayangkan 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menurutnya, idea tersebut timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.
“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.
“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.
“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya.
Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.
“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.
“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.
Teristimewa buat peminat Nana juga, MV Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.
“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.
“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.
“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.
Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara.
Beberapa foto berkenaan Angkara turut dimuat naik Nana di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Tak Kata Ilmu Tak Penting Tapi…,”- Syida Melvin Throwback Fasal Sekolah, Pernah Gagal Semua Subject

Usahawan yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin ada berkongsi kisah mereka adik beradik ketika ketika zaman persekolahan.
Menurut Shida, kesemua mereka bersekolah di SMK Bukit Gantang, Perak kecuali adik bongsu mereka, Syifa Melvin.
View this post on InstagramA post shared by CDA (@syidamelvin) on
“Bila cerita pasal sekolah, masing2 mesti ada pengalaman yg best kan? Omg rindunya zaman sekolah!
“Dah dekat 6 tahun Cda tinggal sekolah. Masa gambar ni kami berempat jelajah balik sekolah kami Panglima Bukit Gantang.
“Kami berempat sekolah yang sama, kecuali adek bongsu. Kalau cerita pasai zaman sekolah ni, yang paling buaih is Tilla.
“Dia punya cerita dekat sekolah dulu hampa pi lah tanya mana-mana cikgu, semua cikgu tak suka kat dia,” tulisnya.
Tambah Syida lagi, dia mengakui sewaktu di sekolah dulu, dia merupakan seorang pelajar yang malas malah turut pernah gagal dalam semua subjek ketika di tingkatan satu.
“Kalau Cda pulak, waktu form 1-3 memang aku paling tak suka belajaq, pemalas, kerja sekolah pun selalu xsiap! Pernah sekali masa form 1, aku pernah fail semua subjek wey. YA ALLAH AIBNYAAAA! Hahaha
“Tapi bila dah masuk form 4-5, aku dah mula belajaq betoi-betoi. Dah mula rajin sikit la. Kami dulu kat sekolah tak sejahat Tilla & Syifa.
“Cda dengan kak long ja yang rekod baik dekat sekolah tu so far tak pernah buat masalah Sumpah rindu wey zaman sekolah, rindu nak jalan2 pusing sekolah utk buang masa sampai habes waktu kelas.
“Rindu nak merayau masuk bilik guru, rindu nak pakai baju PJ seminggu 4 kali walaupun PJ seminggu sekali ja,” kongsinya.
Dalam pada itu, Syida turut berpendapat bahawa pengalaman juga merupakan antara aspek yang penting untuk berjaya dalam kehidupan selain daripada cemerlang dari segi pelajaran
“Cda waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami besa2 ja. Dulu waktu sekolah cukup takut kalau “AKU NI DAH LA TAK BERAPA PANDAI, BOLEH KA AKU NAK HIDUP BILA BESAQ NANTI??”
“Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yang keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada PENGALAMAN berbanding berapa A yg hampa dapat masa SPM dulu.
“Kami tak kata yg ilmu tu tak penting, tapi ada yg lebih penting daritu which is Kemahiran hampa utk mengorak langkah bila dah besaq nanti.
“Apa-apa pun, adik-adik yang dok bersekolah sekarang, tolong hargai setiap detik hampa dekat sekolah!
“Kita ni manusia biasalah, bila kita tengah sekolah, kita malas gila nak pi sekolah. Esok ni bila dah tamat sekolah? Mesti akan rindu gila moment kat sekolah dulu,” tambahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah turut terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Syida itu.
Sumber: Instagram Syida Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI