Baru-baru ini, persembahan penyanyi Sam Smith dalam sebuah konsert yang berlangsung di Sheffield, United Kingdom menerima kritikan hebat daripada ramai pihak.
Rata-rata mengecam tindakan penyanyi berusia 31 tahun yang disifatkan keterlaluan dalam menggayakan persalinan dalam konsert berkenaan.
Memakai topi seakan tanduk syaitan dan hanya berseluar dalam hitam, imej Sam atau nama sebenar Samuel Frederick Smith dikutuk kerana terdapat kanak-kanak yang turut menghadiri konsertnya itu.
Imej yang ingin ditonjolkan Sam sejak kebelakangan ini mendapat kecaman ramai yang mana ia sangat bertentangan dengan gaya terdahulunya yang kelihatan lebih kemas dan tidak keterlaluan dalam berfesyen.
Malah, gayanya memakai baju latex hitam ketika menghadiri Anugerah Brit pada Februari turut dikecam kerana seolah-olah menyerupai plastik sampah dan bentuk seekor anjing.
Sam menerusi kenyataannya kepada pihak media sebelum ini menggelarkan dirinya seorang non-binary iaitu tidak menentukan jantinanya sebagai seorang lelaki ataupun perempuan.
Sebaliknya, dia ingin menggunakan kata nama ‘them’ bagi menggelarkan dirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.