“Show Kat Lumut, Naik Satu Van. Lepas Tu Jumpa Kat Gegar Vaganza,” – Sama-Sama Sertai GV5, Ini Doa & Ucapan Takziah Farawahida Buat Allahyarham Maya Matahari

Share

Penyanyi yang turut bersama-sama bersaing di program hiburan, Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Farawahida memberi penghormatan terakhir serta dedikasinya terhadap rakan baik, Mya Ruslee.

Terdahulu, bintang yang sinonim dengan lagu Matahari itu dilaporkan meninggal dunia hari ini, akibat kanser.

Berita tersebut turut disahkan rakan selebriti, Haiza Hanafi dan difahamkan arwah sebelum ini tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan peminat.

Sambil berdoa dan sedekahkan bacaan al-Fatihah, Farawahida turut terkenang saat perkama kali berkenalan dengan penyanyi berusia 44 tahun itu.

“Saya kenal kak maya dr saya sekolah rendah lagi show sama2 kat lumut..naik satu van..pastu jumpa kat gegar vaganza.

“Arwah sgt² baik…Allahu, taktau nk taip apa dah..duk tringat mula2 kenai dia ja….sampai la duk bsembang sama2..blakang stage masa gegar.

“Kira rapat juga ngn kak maya, moga ditempatkan dgn golongan2 beriman disisiNya,” tulisnya.

Berita pemergiaan Allahyarham hari ini juga nyata mengejutkan ramai peminat dan rakan selebriti. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Salam takziah buat arwah seisi keluarga.

Foto: Instagram Farawahida

Published by
MH