Pelakon Betty Rahmad teruja apabila anak sulungnya, Ardy Wira membesar dengan sihat dan aktif.
Tamban pula, Ardy yang kini berusia 10 bulan itu dilihat semakin membesar kerana beberapa batang giginya mulai tumbuh.
Mahu mengabadikan momen indah itu, adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida merakam video Ardy yang tersenyum sambil menunjukkan giginya.
“Show me your teeth,” kata Betty ringkas kepada Ardy.
Lalu bayi comel itu memberikan respon sambil tersenyum
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat bayi itu yang dilahirkan seberat 3.26kg.
Terdahulu, Betty dan suami, Ardy Damis bernikah pada 4 Februari 2018 di Glamhall, Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan putera sulung, Ardy Wira pada 19 Januari lalu.
Video : Instagram Ardy Wira