Shuhada Elak Menangis Depan Anak; “Umar Cukup Takut Tengok Air Mata Ibu Mengalir.”

Share

Walaupun ditimpa ujian yang cukup berat, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengambil pendekatan enggan menitiskan air mata di hadapan kedua-dua anaknya.

Menerusi perkongsian luahan di Insta Story, Shuhada, 29, berkata anak-anaknya akan berasa susah hati sekiranya melihat dia menangis.

“I love you sayang, buah hati ibu, peneman air mata ini budak.

“Dia cukup takut tengok air mata ibu mengalir, dia susah hati so tak boleh menangis depan Umar,” tulis Shuhada sambil memuat naik foto anak bongsunya, Umar yang sedang tidur.

Shuhada turut memuat naik video memaparkan seorang imam sedang menangis ketika sedang mengetahui sembahyang jemaah.

Menerusi video itu, Shuhada turut menulis luahan seolah-olah memujuk hatinya sendiri agar sentiasa kuat dalam berhadapan ujian dalam kehidupannya.

“(Menangis) bukan bermaksud kamu tidak dapat mengharungi ujian yang diberikan, menangis sahaja Shu, jangan risau. Allah sentiasa berada dalam hati kamu,” tulis Shu.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan tarikh sebutan semula kes cerai Shuhada dan Hafidz pada 9 Mei depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar