Isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada akui terkilan dengan tindakkan suaminya yang menukar keputusan pada saat akhir meskipun kata putus mengenai hak penjagaan anak sudah pun dicapai.

Menurut Shuhada, Hafidz dikatakan menukar keputusannya itu selepas dia bertemu dengan peguamnya sebaik sahaja tamat proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.

Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Keputusan Saat Akhir, Proses Hadanah Gagal

“Bila hampir satu jam lebih berbincang dengan pegawai sulh serta sudah pun mencapai keputusan bersama dan mahu menandatangi borang persetujuan, tiba-tiba sahaja dia keluar.

“Awalnya, Hafidz bersetuju nak bagi saya jaga anak-anak dan dia tak boleh bermalam dengan Umaira memandangkan kesihatan mental anak saya itu berada dalam keadaan kurang baik.

“Mungkin Hafidz nak tunjuk yang dia ni hebat sebab boleh selesaikan isu ini tetapi tiba-tiba sahaja dia cakap tak setuju pula dengan semua syarat-syarat selepas dia bertemu dengan peguamnya. Dia tiada pendirian,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai perasaanya tentang prosiding mahkamah yang belangsung pada harini, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklum dirinya sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Ads

Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Keputusan Saat Akhir, Proses Hadanah Gagal

“Selepas kata persetujuan dicapai, saya memang sangat gembira. Kemudian peguam saya maklumkan yang rasa gembira saya ini sekejap sahaja. Rupanya memang betul sekejap.

“Bila dia bertemu dengan peguamnya di luar, tiba-tiba saya jadi perempuan keji pula.

“Bagaimanapun, saya dah terbiasa dengan situasi kes bertangguh ini. Saya akan terus berjuang demi anak-anak,” ujarnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Shuhada turut mendedahkan suaminya itu tidak mengendahkan nasihat pegawai sulh yang memintanya untuk berusaha menjaga hubungan demi anak-anak.

“Pegawai sulh tadi pun ada menasihatkan Hafidz supaya kerap berhubung dengan saya untuk bertanyakan soal anak-anak. Dia perlu tunjukkan usaha untuk mengambil tahu tentang anak-anak.

“Namun, Hafidz bertegas menyatakan yang dirinya tidak mahu berhubung dengan saya. Dia hanya mahu berhubung memalui peguam sahaja,” akhirinya.

Ads

Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Keputusan Saat Akhir, Proses Hadanah Gagal

Terdahulu, prosiding hadanah yang berlangsung hari ini gagal menemui jalan penyelesaian dan akan bersambung pada 12 September depan.

Sebelum ini, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI