Insiden yang berlaku bersama suami, Hafidz Roshdi, 29, membuatkan Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, nekad untuk ‘move on’ dan enggan menoleh ke belakang lagi.
Malah menerusi sesi temubual dalam program Melodi, Shuhada mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu, sekiranya selepas ini di mendirikan rumah tangga dengan orang ketiga.
“Hiduplah bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” kata Shuhada.
Menerima 10 jahitan di bahagian pipi susulan dakwaan ditumbuk Hafidz pada awal minggu ini, Shuhada berkata perkara itu lebih menyakitkan daripada sakit bersalin.
Namun dia reda dengan semua ujian yang diberikan Allah.
“Jahitan ini saya anggap sebagai hadiah hari jadi yang ke-29, yang ni lagi sakit daripada sakit beranak.
Ads
“Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah pula.
“Selama ini saya memang dah ditindas.. cukuplah saya bagi muka, bersangka baik.
“Kalau orang tahu saya, memang saya bukan kejar publisiti atau mencari perhatian mana-mana pihak.
“Apa yang dah jadi ni, Allah nak tunjuk.. saya memang tak boleh toleh belakang lagi dah.
“Kena move on, jalan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan, enough is enough,” ujarnya lagi.
Meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Allah SWT, Shuhada percaya semua yang berlaku ini pasti akan ada hikmah buat dirinya dan anak-anak di masa akan datang.
Ads
“Walau berat macam mana pun saya kena terima… kalau ujian orang ketiga memang sangat berat, Allah tambah lagi ujian yang berat lagi untuk saya, membuat lagi saya yakin akan bahagia dan berjaya dengan anak-anak.
“Allah akan bagi yang lagi baik, yang lagi hebat lagi. Saya memang betul-betul letakkan 100 percent (reda) dengan Allah,” kata Shuhada lagi.
Terdahulu, Hafidz didakwa menumbuk bahagian kiri wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berdekatan kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor pada kira-kira jam 6 pagi, 2 Mac lalu.
Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi hos bersama menerusi program hiburan, MeleTop di samping Nabil Ahmad, penampilan pelakon, Mimi Lana menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir penonton.
Ini kerana, persalinan senteng paras lutut yang dikenakan pelakon Cari Aku Syurga itu dikatakan tidak bersesuaian.
Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.
Malah, ada di antara reaksi yang diberikan mereka mendapat maklum balas positif daripada Mimi.
Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung.
Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem Pusaka ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa meraikan hari jadi suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz dengan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Kereta premium dalam rona hitam itu dikongsikan figura popular berkenaan menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.
Secara kebetulan, hari jadi suaminya juga jatuh pada sambutan Syawal tahun ini.
“Kereta raya, masyaAllah…. Birthday boy. Happy birthday sayang. Dapatlah birthday boy ‘melaram’ di jalan raya dengan kereta,” kata Neelofa.
Bagaimanupun, kereta berkenaan bukan dibeli, sebaliknya disewanya beberapa hari, bagi meraikan ulang tahun kelahiran Haris yang ke-27.
“Sis rent few days bagi birthday boy happy @rentwheels,” tulisnya menerusi perkongsian sama.
Sementara itu, Hari Raya Aidilfitiri yang disambut hari ini turut meninggalkan memori tersendiri buat Neelofa.
“Kuah Kacang tak masak lagi, roti dah beli berbakul. Alamak,” tulisnya yang turut merakamkan suasana khemah raya yang tersedia.
Bersempena hari istimewa itu, Neelofa turut menghadiahkan sebiji kek unik buat Haris.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi peminat muzik pop pasti anda kenal dengan dua penyanyi yang menyanyi dengan penuh ‘soul’ ini.
Pamungkas satu ketika dahulu mendunia dengan lagu To the Bone yang mencapai ratusan juta tontonan di Youtube. Manakala Nadhif Basalamah pula tular dengan lagu Penjaga Hati yang popular di TikTok.
Lantunan suara dan lirik lagu-lagu yang dipersembahkan oleh dua penyanyi berbakat besar ini cukup bererti dan menusuk jiwa. Khabar terbaharu, mereka bakal bergandingan dalam satu konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh KIG Live, ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live In Malaysia’ bakal berlangsung pada 3 Mei akan datang jam 8.30 malam bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.
Apa yang pasti, gabungan dua penyanyi ini ini malah bakal membuatkan para penonton merasai dan mendalami setiap komposisi berjiwa, hasil nukilan masing-masing.
Jika hendak diungkapkan tentang dua penyanyi ini, Pamungkas sentiasa mendapat pujian atas lirik-liriknya yang introspektif dan menusuk kalbu setiap pendengar.
Nadhif Basalamah pula membawa pengaruh indie-Pop dan folk untuk memikat penonton dengan melodi yang menyentuh dan cerita yang mengasyikkan
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari laman web rasmi KIG Live (www.kiglive.com) untuk pembelian tiket dan ikuti KIG Live Malaysia di media sosial untu perkembangan terkini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!