Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang; “Dia Pilihan Ibu Saya.”

Share

Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Namun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan soal jodoh dan perkahwinan memandangkan masih lagi dalam proses berkenalan.

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati budi seseorang, InsyaAllah.

“Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan.

“Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.

“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya memetik kenyataannya dalam program Melodi yang disiarkan baru-baru ini.

Pernah dikaitkan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila, Shuib berkata wanita yang kini rapat dengannya itu bukanlah daripada kalangan orang industri.

“Dia orang biasa-biasa sahaja, dia pilihan ibu saya,” kongsi Shuib lagi.

Shuib kehilangan isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Shuib

Published by
Juliana Johar