Usahawan dan pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, memaklumkan hutang perniagaan yang dibebani sebelum ini, kini semakin berkurangan.

Menurut Shuib, perkembangan positif itu dicapai hasil daripada perbincangan bersama agensi kerajaan berkaitan, dalam usaha memastikan segala tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Hutang itu sudah semakin berkurang, saya percaya kalau kita sudah mulakan bisnes dengan modal berjuta-juta, hutang pun berjuta jugalah.

“Hutang saya yang dulu itu melibatkan keseluruhan perniagaan. Saya ada perniagaan-perniagaan lain cuma yang agak kritikal ialah untuk jenama Bubble Bee. 

“Memandangkan perniagaan sebelum ini agak besar, saya banyak berbincang dengan agensi kerajaan serta dapatkan nasihat daripada pihak bank setiap bulan. 

Ads

“Tiada masalah, mereka semua sangat profesional asalkan kita sendiri mahu berikan kerjasama dan berunding. Mereka sangat alukan kita untuk berbincang,” katanya ketika ditemui pada majlis Grand Opening Nasi Bakar Bangkit di Wisma Permaisuri Q, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan Buahkan Hasil

Shuib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa hutang perniagaannya yang melibatkan pihak kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan cukai. 

Penerima anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year 2021 itu turut menjelaskan,  apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada lumrah jatuh bangun sebagai ahli perniagaan.

Bagaimanapun, Shuib cuba bangkit dengan merangka strategi memperbaiki kesilapan daripada pengalaman lampau hasil sokongan ramai pihak.

Ads

“Satu per satu saya lihat perniagaan saya kembali rancak semula dan semoga momentum itu terus berkekalan. 

“Beginilah perjalanan seorang usahawan, ada naik dan turun. Oleh itu jangan risau, kita lalui sahaja dan jangan berhenti.

“Macam saya, Allah kurniakan rezeki perniagaan bagus, cuma mungkin saya ada lakukan kesilapan, tidak fokus, tidak konsisten membuatkan banyak yang terlepas pandang.  

“Jangan risau, kita perlu tempuh sahaja jangan berhenti. Selagi kita berikhtiar, insyaAllah, Dia akan mudahkan,” katanya lagi.

Ads

Shuib Bangkit, Hutang Makin Berkurangan – “Satu Per Satu Saya Lihat Perniagaan Saya Kembali Rancak Semula…”

Shuib Bangkit, Hutang Makin Berkurangan – “Satu Per Satu Saya Lihat Perniagaan Saya Kembali Rancak Semula…”

Shuib Bangkit, Hutang Makin Berkurangan – “Satu Per Satu Saya Lihat Perniagaan Saya Kembali Rancak Semula…”Bangkit Dengan ‘Nasi Bakar Bangkit’

Dalam perkembangan lain, Shuib melancarkan perniagaan baru Nasi Bakar Bangkit yang beroperasi sejak Ramadan lalu. 

Resepi bagi Nasi Bakar Bangkit dihasilkan oleh pasukan khas yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan produk ini.

Meskipun tidak terlibat secara langsung dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pengasas, Shuib bertindak sebagai penguji rasa (food tester) bagi memastikan tahap kepedasan serta padanan rempah mencapai kualiti yang dimahukan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI