Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu berharap selepas ini tidak ada lagi perbandingan dilakukan oleh netizen melibatkan antara Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin dengan tunangnya, Watie Hanifiah.
Menurut Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, 39, Allahyarham Siti Sarah sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.
“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya. Watie pun tahu tentang perkara itu.
“Perbandingan itu tidak sepatutnya sebab kita kena terima realitinya.
“(Perbandingan) Ini juga tidak adil untuk Watie. Pada saya, apa salah dia.. dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai majlis pernikahannya nanti, Shuib berkata tarikh 23 Jun yang dipilih mereka tidak memberikan apa-apa simbolik sebaliknya ingin mengadakan majlis pada penghulu segala hari iaitu Jumaat.
“Tentang pemilihan tarikh 23 Jun.. memang tiada apa-apa simbolik sebaliknya saya pilih sebab hari Jumaat.
“Kami akan adakan satu majlis (resepsi) sahaja nanti. Doakan semua dipermudahkan,” kata Shuib lagi.
Ads
Shuib dan Watie yang merupakan seorang usahawan selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga wanita itu Shah Alam, Selangor.
Menerusi majlis itu, Shuib memberikan tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, kasut dan manisan manakala Watie membalas dengan lima dulang berisi manisan, buah-buahan, sampin, sirih junjung dan sepasang kasut.
Ads
Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa minggu dibelenggu kesedihan atas pemergian insan tersayang, pelawak Ali Puteh kini bangkit meneruskan kariernya sebagai anak seni di pentas teater.
Sebuah teater arahan Khir Rahman bertajuk Korupsi Dewan Semandung akan dipentaskan di Istana Budaya 28,29 Februari dan 1 Mac depan.
“Alhamdulillah harini sy start keje Hari pertama selepas 2mggu lebih xkeje, insyaallah doa YG baik2 yer,” tulisnya.
Penyanyi Tom terpaksa menyanyi sambil memegang bahagian belakang seluarnya yang hampir terlucut ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9)c malam tadi.
Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilihat tenang sehingga akhir persembahan meski berlaku sesuatu yang tak terduga.
“Saya kalau menyanyi selalu rendahkan badan kan, tiba-tiba tu ‘tapp’, alamak. Kita sudah lah ada nak buat showmanship pula. Benda yang tak dapat nak elak.
“Jadi daripada dibiarkan tercabut (tertanggal), kita teruskan persembahan juga. Pegang. Tapi dia mengganggu jugalah. Tercabut ketika di bahagian chorus.
“Perasaannya rasa macan tak pegang cukup kuat. Rasa macam nak cepat habiskan nyanyian. Sebab takut terjatuh seluar tu,” katanya.
Sementara itu, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir, dalam saingan minggu ketujuh itu.
Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan pelakon, Mia Ahmad di laman sosial Instagram, pastinya menjadi tanda tanya mengenai gambar yang dikemaskini (update) Mia buat masa ini.
Melihatkan pada profile Instagramnya, Mia nampaknya telah memadam gambar bersama suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Tambahan pula, pelakon drama Mr Boss, Miss Stalker itu turut memuat naik status yang berunsur kecewa.