Pelawak dan usahawan, Shuib memohon ramai untuk tidak memuat naik foto atau video isteri Allahyarham Isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tidak menutup aurat di media sosial.

Bapa kepada empat cahaya mata ini turut memohon jasa baik agar tidak berkongsi hal kebaikan yang pernah dilakukan arwah secara berlebih-lebihan.

Shuib Mohon Tak Kongsi Foto & Video Arwah Isteri Yang Tak Tutup Aurat ; “Saya Juga Mohon Tidak Menceritakan Kebaikan Allahyarhamah Secara Berlebih…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

Ads

“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.

“Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan,” jelasnya.

Shuib Mohon Tak Kongsi Foto & Video Arwah Isteri Yang Tak Tutup Aurat ; “Saya Juga Mohon Tidak Menceritakan Kebaikan Allahyarhamah Secara Berlebih…”

Ads

Shuib Mohon Tak Kongsi Foto & Video Arwah Isteri Yang Tak Tutup Aurat ; “Saya Juga Mohon Tidak Menceritakan Kebaikan Allahyarhamah Secara Berlebih…”Perkara itu dikongsikan Shuib menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

Shuib pada masa sama mendedahkan, adalah lebih baik untuk berserhana dan setiap yang dilakukan.

“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.

Ads

Sekadar info, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Shuib Mohon Tak Kongsi Foto & Video Arwah Isteri Yang Tak Tutup Aurat ; “Saya Juga Mohon Tidak Menceritakan Kebaikan Allahyarhamah Secara Berlebih…”

Shuib Mohon Tak Kongsi Foto & Video Arwah Isteri Yang Tak Tutup Aurat ; “Saya Juga Mohon Tidak Menceritakan Kebaikan Allahyarhamah Secara Berlebih…”

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang, minggu lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI