Pelawak dan usahawan popular, Shuib sah menyertai Suria FM sebagai penyampai bermula Isnin ini menerusi slot pagi.

Shuib bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu, Morning Morning  Suria.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, petang tadi.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Ads

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Shuib Sah Sertai Suria FM, Bergandingan Dengan Ajak & Suraya Shuib Sah Sertai Suria FM, Bergandingan Dengan Ajak & Suraya

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Ads

Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Ziana Zain.

Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsoniacs, Floor 88 dan Nuha Bahrin serta Naufal Azrin.

Ads

Sebelum ini, segemen Suria Pagi dikendalikan oleh Fizi Ali yang kini ke stesen Hot FM.

Suria FM turut dibarisi penyampai seperti Tyzo, Rara, Cik Piah, Anna J dan DJ Lin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI