Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa hari ini.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik pihaknya dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu.
“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.
“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami.
“Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya menerusi kenyataan media.
Walau bagaimanapun, Suria FM optimis untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.
Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.
Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Jodoh, Adalah…Tak Nak Kahwin Dengan Bodoh,” – Awek Cendol Doa Bekas Kekasih Hidup Bahagia Bersama Isteri
Mahu beri fokus pada masa depan, bintang media sosial, Naziha Tahang atau lebih dikenali sebagai ‘awek cendol’ tidak mahu menoleh kebelakang mengenang memori bersama bekas kekasihnya, Muhammad Aiman Ammar.
Terdahulu, keduanya kian dikenali selepas satu video yang merakamkan aksi manja gadis yang mahukan semangkuk cendol tular di media sosial.
Difahamkan, Naziha atau mesra disapa Nija kini sudah pun mempunyai buah hatinya sendiri sejurus membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun, ada individu yang meminta agar gadis berkenaan segera naik pelamin menerusi ruangan komen pada salah satu entri di Instagramnya.
“Kahwin cepat Nija. BF cendol kau dah selamat jadi suami orang,” tulis individu tersebut.
Lalu, Nija dilihat turut memberikan respon.
“Insyallah ada jodoh, adalah… Tak nak kahwin dgn bodoh. Semoga berbahagialah dia dgn insan tersayang. Kita doa yg baik-baik okay,” tulisnya.
Terdahulu, Aiman sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Nur Fazwa Atasha pada 25 Disember lalu dengan mas kahwin sebanyak RM300.
View this post on Instagram25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri 🤲🏻 . Slide sampai habis 🤣🤣🤣
A post shared by السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ (@muhdaimanamar) on
Foto : Itsmeninjaa, MuhdAimanAmar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tabik Bukan Sebab Dia Boleh Rap Tapi…,”- Netizen Minta Respon, Jadi Ini Komen Altimet Bila Zamani Nyanyi Lagu Bunga
Rapper, Altimet ada memberikan pandangannya pengenai persembahan penyanyi, Zamani yang menyanyikan lagu Bunga di konsert akhir Gegar Vanganza 5 pada Ahad.
Katanya, dia kagum dengan usaha yang dipamerkan penyanyi Gerimis Mengundang itu kerana berani mencuba sesuatu yang baru.
Pandangan tersebut disuarakannya menerusi laman Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Altimet (@altimet) on
“Saya dapat banyak DM mintak ulas pasal pasal persembahan Zamani semalam. Terus terang saya tabik Abang Zamani kita ni. Bukan sebab dia boleh rap, bukan sebab dia buktikan dekat ramai orang yang kata dia tidak boleh rap salah. Sebab dia berani cuba benda baru untuk tingkatkan prestasi dia.
“Ini satu perkara yang kadang-kadang orang kita tak suka buat. Lepas satu tahap dalam hidup, diorang dah relax, kata tak payahlah belajar benda baru ni, dah cukup dah ilmu-ilmu untuk cari makan.
“Ini cara pemikiran dulu-dulu guys. Zaman sekarang ni kalau malas belajar skill baru memang ketinggalan lah. So, salute Zamani dan semua peserta yang masuk GV5,” tulisnya.
Tambah Altimet, mempelajari sesuatu yang baru adalah perkara yang jarang dilakukan oleh artis tempatan apabila mereka telah mencapai satu tahap yang selesa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Altimet itu.
Wah, kalau penyanyi asal pun dah puji, bermakna persembahan Zamani dan Billy Zulqarnain pada malam tersebut memang benar-benar bagus lah ye. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Zamani dan Billy Zulqarnain.
Foto: Instagram Altimet
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Hadiahkan Seutas Jam, Letak Di Sebelah Al-Quran, Ustaz Ebit Lew Gembira, “Syukur Bila Makan Berjemaah Dalam Dulang”
Mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dari Yang Maha Esa, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 bersama keluarga tercinta.
Lebih indah apabila isterinya telah memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas jam yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.
“Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berasa rindu untuk berdakwah kepada remaja terbiar di bawah jambatan dan lorong-lorong seperti yang pernah dilalkukannya sebelum ini.
“Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.
“Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluarga sunnah di Maeps Serdang.
“Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Menerusi video yang dikongsikannya itu, memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ebit yang saling menyuap makanan kepada isteri dan anak-anaknya.
Sekali gus telah mendapat setengah juta tontonan dan ribuan komen.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI