Pelakon dan pengacara Shuk Sahar ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang meraikan sambutan hari jadi anak perempuan keduanya, Nur Assyifatu Aimi yang kedua.
Turut bersama-sama di dalam video berkenaan ialah isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Di samping menitipkan ucapan, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menerusi ruangan kapsyen mendoakan agar anaknya membesar sebagai anak yang baik.
“Hepy bestday si gondeng, semoga dapat membesar menjadi anak yang solehah jadi adik yang baik aminn…,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-ratanya turut menzahirkan ucapan selamat hari jadi buat kanak-kanak berkenaan.
Ads
Malah, ada juga yang menasihati agar warganet lain berhenti untuk memberikan kecaman berbaur komen negatif kepada pengacara rancangan I Can See Your Voice itu.
Ada di antaranya yang menitipkan kata semangat kepada Shuk untuk terus bahagia di samping keluarga.
“Shuk be strong-abaikan netizen yg suke kecam Tu..semoga shuk dn family dilindungi dn dirahmati,” tulis seorang peminat.
“Shuk pegi join tabligh boleh belajar tentang ilmu agama,” nasihat seorang peminat.
Ads
“Jngn suke mhina org nnti bbalik pd diri .. tiap org pernh bt silap dan x lari dr bt silap tmasuk aku , jagalah pckapan kite sbaeknya kerana dr pcakapan kite itulah menunjukkan diri kite yg sbenar .. ehhh tpandai pulak aku komen gini,” tulis lagi seorang peminat lainnya pula.
Sebelum ini, Shuk pernah menjadi perhatian netizen selepas didakwa bertindak curang dan melakukan hubungan sulit bersama wanita lain.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi pengalaman ‘ngeri’ ketika dia mahu pulang ke ibu kota dari Kelantan dua hari lalu.
Kongsinya, dia terpaksa memandu hanya dengan mengenakan kain pelikat kerana mengalami cirit-birit.
“Ni gambar 2 hari lepas, di kedai ‘Pantai Timur’ Kuala Krai. Singgah beli barang masa otw ke kL. Hari dugaan besar untuk aku.
“Dimana aku kena drive dari Kelantan ke KL dalam keadaan aku cirit birit. Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal Selak jer,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #gengissey dan #hometownpride.
Tidak dinafikan, pelbagai cara dilakukan sesetengah pengusaha atau pengasas produk termasuk menggunakan taktik atau strategi melawan arus serta ‘popular’ untuk dikenali dan tular, kebelakangan ini.
Tak ketinggalan, ada ‘modus operandi’ yang acap kali dipraktikkan segelintir ‘geng -geng founder’ ini dengan mempamerkan kekayaan masing-masing khasnya di media sosial.
Misalnya, ada yang tayang rumah besar, kereta mewah bersusun selain memilih untuk beli tas tangan mewah umpama membeli barangan runcit di kedai Aceh.
Difahamkan, tujuan ‘marketing’ tersebut dilakukan atas dasar ingin menarik lebih ramai orang untuk sertai pasukan bisnes mereka termasuklah menjadi ejen mahupun stokis.
Bagaimanapun, situasinya berbeza dengan Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab, yang mempunyai pandangan berbeza dan mungkin dianggap konvensional dalam menentukan hayat dan keberadaan jenamanya.
Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, apa yang lebih utama ialah terus menghargai ejen yang dianggap aset syarikat dan tak lokek melabur wang untuk memberikan ganjaran dan hadiah sebagai suntikan semangat kepada mereka.
“Sebelum mempunyai jenama produk sendiri, saya pernah 13 tahun bergelar ejen menjual produk orang lain. Apabila saya berjaya buat ‘sales’ atau melonjakkan jualan, pihak ibu pejabat sangat meraikan saya. Sebab itu apabila di posisi sekarang, saya terus praktikkan benda sama kerana saya sangat memahami apa yang ejen mahukan.
“Lumrah dalam hidup, kita akan rasa dihargai apabila setiap kerja dilakukan berbaloi dengan hasil dimiliki. Lebih daripada itu, kita dihargai dengan anugerah atau pelbagai ganjararan untuk menyuntik semangat bekerja. Macam pelakon dan penyanyi, bakat mereka diiktiraf dengan trofi anugerah.
“Selama ini ejen sayalah yang banyak buat jualan untuk syarikat. Jadi tak salah untuk syarikat meraikan dan menghargai mereka. Bukan banyak kos pun untuk semua itu dan nak dibanding dengan usaha ejen melonjakkan jenama dan jualan produk,” katanya.
Namun, Said berkata, dalam berniaga ini tak ada istilah ‘modus operandi’ digunakan itu salah atau sebaliknya.
“Terpulang kepada niat dan tujuan masing-masing. Ada yang cakap itu cara yang betul. Tapi antara wajar dan tidak, tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing.
“Pada akhirnya, saya percaya guna ‘modus operandi’ sebegitu atau tidak, niat pengasas produk seperti kami hanya mahu memberi manfaat kepada orang ramai dan membuatkan produknya dikenali.
“Cuma pada pandangan peribadi, apabila pengasas produk tak pandai menghargai ejen dan hanya sentiasa nak tunjuk kemewahan semata-mata sedangkan ejen terus bergelut… tiada gunanya juga. Mungkin ejen itu takkan lama setia dengan kita,” katanya lagi.
Kata Said lagi, sejak jenama itu diperkenal dan dilancarkan April 2021, seramai lebih 25,000 ejen berjaya direkrut.
“Dalam syarikat saya, kami terapkan nilai ‘togetherness’ atau kebersamaan dalam menghargai keberadaan ejen. Perkataan itulah umpama azimat dan kata sakti yang dilaungkan saban waktu.
“Buat apa sama-sama. Biar kaya dan berjaya sama-sama. Jadi itulah yang menjadi halatuju dan tujuan dalam syarikat. Jadi, di ChocoAlbab cara berkenaanlah menjadi salah satu usaha melonjakkan jenama yakni dengan membolehkan ramai ejen berjaya dengan kita. Apabila berjaya sama-sama, insya-Allah kita boleh kekal lama,” katanya.
Tambahnya, dia percaya apabila wujud konsep ramai ejen yang mempromosi jenama produknya, maka di situ ada potensi lonjakkan jenama yang diusahakan.
“Kata kunci di sini, ejen adalah mustahak. Saya takkan melupakan jasa mereka yang berusaha keras menaikkan jenama. Malah ramai ejen saya yang sudah nikmati bonus dan pelbagai rezeki dengan menjual produk ini. Malah syarikat baru saja pulang bercuti menerusi percutian mewah ke Club Med Cherating dan Splash Mania Water Park, Banting.
“Seramai 450 ejen berpeluang menikmati ganjaran percutian itu. Pendek kata, selain memberi ganjaran anugerah dan hadiah, syarikat banyak melaburkan wang untuk pemasaran untuk ejen atau saya sebut sebagai ‘anak team’. Tiga kali seminggu ada kelas coaching untuk mereka.
“Begitulah putaran kerja di sini, selepas ejen bekerja keras mendapatkan hasil diingini, mereka layak diberi ganjaran. Itulah teknik dan resipi saya membina komuniti ChocoAlbab. Yakni membina ‘anak team’ yang berjaya, dihargai dan sekaligus melahirkan usahawan cemerlang,” katanya.
Said turut berpandangan, dalam berniaga perlu ada perancangan ‘sustainability’.
“Melihat jenama popular bertahan, dari situlah saya nampak bagaimana boleh cari makan dengan cara yang berpanjangan. Sebab di luar sana, ada ‘founder’ yang praktikkan cara ‘touch and go’. Cara sebegitu juga mewujudkan ejen yang ‘touch and go’.
“Sedangkan saya nak ejen serta pengedar yang bertahan lama dan bukan bermusim. Sebab itu juga saya suka amal cara syarikat jualan langsung yang lebih praktikal berbanding mengejar sensasi ‘modus operandi’ yang bersifat sementara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak keempat.
Jelas Fedtri, wanita yang dikenali sebagai Meriam Zakaria itu disahkan mengidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan sehingga menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan.
Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sekitar Februari lalu.
“Aduhai ibu srikandi terhebat,
lahirkan zuriat bertarung hayat
“Begitu dalam cinta dizahir,
walau nyawa di garis akhir
“Zuriat cinta tiada tahu,
terbaring lesu seorang ibu
“Hilang daya hilang ingatan,
hanya nafas menyambung harapan
“Dalam hidup serba tiada,
suami di sisi damaikan raga
“Anak-anak hilang sentuhan,
damba pelukan syurga idaman
“Begitu kisah insan diuji,
buat yang lain hulurkan budi
“Setitis air mata tanpa jeritan,
jadi igauan menduga iman
“Catatan 2017
“Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.”
Siapa yang ada maklumat terbaru keluarga ini, boleh berkongsi info untuk saling membantu di bulan mulia ini.
“UPDATE TERKINI – si isteri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Februari yang lalu. Al Fatihah,” kongsinya.
Menerusi ruang Insta Story, pengacara Jejak Rasul itu turut berkongsi nombor akaun keluarga terbabit andai ada pihak yang ingin tampil menghulurkan sumbangan.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak dianjurkan lebih 40 tahun lalu, tidak dinafikan pertandingan Dewi Remaja banyak memperkenalkan bakat baru dalam industri hiburan tanah air. Saban dekad bakat bersilih...