Perkongsian pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar di laman Instagram miliknya pada pagi Isnin meraih perhatian ramai.
Ia susulan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, memuat naik gambarnya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama.
“Alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua @rossa.sera,” tulis Shuk di ruangan kapsyen.
Tahun lalu, kemelut melibatkan rumah tangga pasangan ini sering diperkatakan apabila Shuk didakwa bermain kayu tiga.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis bersyukur melihat hubungan baik yang kembali terjalin di antara Shuk dan Sera.
“Alhamdulillah syukur Dol,” komen Shuib Sepahtu.
“Syukur Alhamdulillah,” titip penyanyi Usop.
Ads
“Happynya tengok.
“Moga kalian bersatu balik la ya.
“Kalau dah dapat peluang kedua, tolonglah jangan disia-siakan,” komen beberapa netizen.
Ads
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kalau komen saya terlalu teknikal, kita akan nampak berlagak. Kalau saya ‘play safe’ pula, ia akan merugikan peserta itu sendiri.”
Demikian dilema yang dihadapi penyanyi, Danial Chuer selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada 50 juri bagi program realiti nyanyian, All Together Now musim ke-2 (ATNMY2).
Menurut Danial, dia harus menyusun kata-katanya agar komen-komennya itu akan mudah difahami dan memberi manfaat kepada para peserta.
“Pengalaman di ATNMY2 sangat seronok tapi pada masa sama ada tekanannya juga. Nak berikan komen pada peserta ini bukan mudah lebih-lebih lagi dengan kehadiran saya sebagai penyanyi yang masih baru.
“Saya berikan komen atas kapasiti sebagai orang yang punyai pengalaman membuat persembahan di atas pentas. Tekanan yang harus saya hadapi adalah untuk memberikan pemahaman kepada para peserta mengenai komen-komen saya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, naib juara program Big Stage 2022 ini juga mendedahkan dia sebolehnya tidak mahu menjatuhkan moral para paserta yang telah bertungkus lumus memberikan persembahan terbaik di program ini.
“Saya juga hanya berkongsi pengalaman. Kebanyakkan komen-komen saya adalah kepada penyanyi muda seusia saya. Pada masa sama, saya tak mahu komen-komen saya kedengaran terlalu teknikal atau play safe.
“Saya mahu para peserta ini berasa selesa bila dikomen seperti perkongsian daripada kakak atau abang. Saya tak nak mereka rasa komen-komen saya ini tidak membantu untuk perbaiki nyanyian mereka,” ujarnya lagi.
Danial berkata sedemikian ketika detemui di majlis sidang Media ATNMY2 yang berlangsung di Hotel Primera, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketika ditanya adakah dia mempunyai keterbatasan untuk memberikan komen kepada peserta yang lebih berusia, Danial memberitahu dia mempunyai caranya yang tersendiri.
“Tak kisahlah umur berapa pun, tanggungjawab saya di ATNMY2 ini adalah untuk memberikan komen. Kita ada 50 juri dan kami kami punyai lain-lain pendapat. Komen saya adalah daripada telinga orang-orang muda yang mengikuti trend muzik semasa.
“Untuk menjurikan penyanyi yang lebih berusia pula, saya gunakan bahasa yang lebih mudah supaya mudah diterima. Saya tak nak mereka merasakan saya ni ni bercakap macam pandai sangat.
“Saya tahu lain umur, lain caranya. Faktor usia pun mempengaruhi nyanyian,” akhirinya.
Pada musim kali ini, tugas selaku kapten juri akan disandang oleh penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dan akan dibantu oleh penasihat utama yang juga merupakan komposer terkenal Ajai.
ATNMY2 masih lagi munggunakan konsep yang sama dengan mengekalkan jumlah juri seramai 50 orang yang terdiri daripada selebriti tempatan.
Pengacara, Sherry Alhadad juga masih dikekalkan di dalam program ini.
Rakaman konsert mingguan ATNMY2 akan berlangsung selama 9 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 menerusi saluran Astro Ria (104).
ATNMY2 turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peka terhadap situasi semasa, pasangan selebriti Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal mengambil inisiatif dengan menyediakan ‘food bank’ di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Kajang, hari ini.
Aeril berkata, bantuan yang diberikan dalam bentuk makanan asas dan keperluan hariani itu terbuka kepada mana-mana individu atau golongan memerlukan.
Antara barangan keperluan disediakan adalah seperti beras, gula, tepung, milo, sardin dan banyak lagi.
“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini (Bangi) pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.
“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Coametics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya.
Menurutnya, dia dan Wawa juga merancang untuk membuat ‘food bank’ di lokasi lain bagi tujuan sama selain membantu mereka yang menghubunginya secara peribadi di laman sosial.
“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Dan memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.
“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izara Aishah akui memilih untuk memperlahankan karier seni lakonannya setelah bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang kini mencecah usia dua tahun.
Jelas Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, keutamaannya adalah lebih kepada tanggungjawab kepada keluarga selain menguruskan perniagaannya.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk lebih memberi keutamaan kepada keluarga dan bisnes saya, tambahan pula apabila saya sudah ada anak.
“Saya memang memberi seratus peratus tumpuan kepada anak perempuan saya sekarang,” katanya.
Bekas peserta Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa itu juga bagaimanapun tidak menafikan, dia sehingga kini masih menerima tawaran lakonan.
Namun, ia terpaksa ditolak atas masalah kekangan masa dan komitmen.
Izara ditemui sejurus Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...