Nampaknya pelakon kacak, Shukri Yahaya yang menjadi kegilaan para gadis semakin menjadi-jadi apabila dikatakan punyai masalah baran dan kaki pukul isteri. Namun jangan salah faham, ini hanyalah di dalam sebuah drama sahaja. Alam realitinya dia seorang yang sangat romantis.

Shukri Yahaya Bukan Kaki Pukul Bini

Sejak drama Andainya Takdir ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda, ramai yang mula berkata tentang pelakon serba boleh ini. Baru sahaja dipuji dengan kejayaannya memegang watak sebagai Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku, kini Shukri telah mendapat perhatian sekali lagi dengan watak Airilnya.

Ads

Walaupun watak yang berbeza daripada drama sebelum ini, Shukri yang pernah membawa watak sebagai seorang suami yang sangat penyabar dan penyayang bertukar menjadi seorang yang sangat panas baran dan berani memukul isteri. Namun adakalanya ia boleh bertukar menjadi seorang yang sangat romantik luar daripada jangkaan.

Drama yang telah disiarkan pada 29 Mei lalu setiap Isnin sehingga Khamis ini menjadi bualan ramai kerana jalan ceritanya yang menarik dan membuatkan orang tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib Fatihah, lakonan Nina Iskandarsebagai isteri kepada Airil.

Ads

Andainya Takdir merupakan idea asal Datuk A.Aida dan hasil penulisan skrip Wan Mahani Wan Hassan. Ia mempunyai 16 episod dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn. Bhd.

Shukri Yahaya Bukan Kaki Pukul Bini

Ads

Ia berkisahkan tentang ketabahan seorang isteri berama Fatihah (Nina Iskandar) terpaksa berdepan dengan nasib hidup punyai suami panas baran dan cemburu buta. Demi pertahankan rumah tangga dan nasib anak, Aleeya (Puteri Balqis) Fatihah terus bersabar dan reda dengan apa adanya.

Selain Shukri, Nina Iskandar dan Putri Balqis beberapa barisan pelakon juga turut menjayakan drama bersiri ini antaranya Sheila Mambo, Idris Md Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI