“Sian Dia Bagi Pun Kena Kutuk,” – Tular Fasal Duit Raya RM5, Ini Komen Aida Gadis Melayu

Share


Tular semalam kisah duit raya RM5 yang dihulur kepada ibu saudara yang disifatkan sebagai bakhil dan tidak ikhlas.

Terpanggil mengulas isu ini, Aida Gadis Melayu tampil menyatakan pendapat dan mengatakan Aidilfitri bukanlah medan untuk menunjukkan siapa paling hebat.

Tambahnya lagi, duit raya hanya sebagai pemberian tanda ingatan.

Malah jumlah yang diberi tidak dapat menilai keikhlasan seseorang.

“Halah halah hallah. Tu laa manusia kan . Selalu salah org semue nampk ! Korang , biase terjadi mcm ni bile kite rase kitela terpaling hebat. Bagi duit raye note purple blablabla…

“Siape pun hulur, berapa pun jumlahnye bersyukurla . Tande ingatan . Kite tak tau ape masalah & ape kesulitan yg depa lalui . Kereta besar rumah gah x bermaksud terkadang dorang selalu berduit.

“Siape la kite nak menilai keikhlasan org lain. Org bagi kite ambik. Orang tak bg kite dok diam2 . Mcm tu jugak la, kite berniat nak bagi kite bagi.

“Jangan bile tgk depa x hulur kat anak kite kite pun batalkan niat hulur kat anak depa. Ikhlaskan diri , Raye bukan medan nak bangge aku bg berape ko tak hulur ape

“Saling bermaafan & muhasabah diri memasing tu lagi penting ! Sekian komen i pasal gmb ni. sian die bg pun kena kutuk !

“Camat Ayi Yaye !!! X mo gado2 laa k makcik,” tulisnya panjang lebar.

Kisah ini tular apabila anak kepada wanita tersebut memuat naik gambar sampul raya dan jumlah yang diterima ibunya di laman Twitter.

Menurutnya lagi, saudaranya memiliki kereta mewah dan bergaji besar namun hanya memberi duit raya sebanyak RM5.

Walau bagaimanapun, kisah ini sampai ke pengetahuan si pemberi dan ini respon yang diberi.

Difahamkan, individu yang dikenali sebagai Mama Ejja juga dilihat telah memadam akaun Twitter selepas menerima kritikan warga Twitter yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

Duit raya bukanlah perkara wajib sempena Aidilfitri. Janganlah ia dijadikan isu sehingga menimbulkan perbalahan.

Foto : Instagram Aida Gadis Melayu

Published by
Noraini Abd Wahab