Sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 9 Ogos lalu, pelakon Shima Anuar kini dalam proses berpantang.

Dalam pada itu, pelakon filem Highlands Tower ini juga berkongsi tips untuk mendapatkan susu badan yang banyak.

“Sejak ramai yang bertanyakan mengenai banyaknya susu badan. Saya cuma beri susu badan secara direct pada waktu malam.

“Disebelah siang pula, saya akan pam dan letak dalam botol sebab hari itu anak ada jaundice (kuning) dan doktor nasihatkan untuk beri susu badan dengan banyak untuk menurunkan jaundice. 

“Anak pula jenis kalau dapat nenen, dia akan rasa lagi selesa dan kemudian terus tidur. Jadi, saya tak tahu anak minum banyak atau sikit.

“Oleh sebab itu, saya letak susu dalam botol dan saya tahu kuantiti dia minum berapa banyak. Setiap dua jam, saya akan bagi 1 auns (oz) dan sekarang ini setiap 2 jam auns (oz),” kongsinya.

Akui Shima lagi, kelahiran anak kedua ini membuatkan susu badannya lebih banyak berbanding dengan anak pertama.

Ads

“Malam saya akan bagi secara susu badan direct. Alhamdulillah, anak kedua ini susu lebih banyak berbanding dengan anak pertama, Sophia. 

“Sebab ketika itu, saya fikir nantilah kalau nak kurus. Apabila sampai masa nak bersenam, saya akan lakukan. 

“Memandangkan saya bersalin secara czer, saya kena tunggu sehingga tiga bulan dan dengar nasihat doktor. 

“Saya juga ada kongsi tips untuk dapatkan banyakkan susu. Tetapi ikut juga pada jenis badan individu masing-masing. 

Ads

“Tak salah kalau kita nak tanya pengalaman seseorang, tapi lebih baik tanya trus tanya dengan doktor,” kongsi Shima menerusi IG TV. 

Menerusi ruangan komen, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.

Ads

“Siang Pam, Malam Bagi ‘Direct’,”- Shima Anuar Kongsi Pengalaman Susukan Anak Kedua “Siang Pam, Malam Bagi ‘Direct’,”- Shima Anuar Kongsi Pengalaman Susukan Anak Kedua “Siang Pam, Malam Bagi ‘Direct’,”- Shima Anuar Kongsi Pengalaman Susukan Anak Kedua “Siang Pam, Malam Bagi ‘Direct’,”- Shima Anuar Kongsi Pengalaman Susukan Anak Kedua

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia.

Video/ Foto : Instagram Shima Anuar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI