Selepas heboh media Indonesia yang membuat liputan mengenai majlis pernikahan penyanyi Syahrini bersama Reino Barack yang cukup eksklusif di Tokyo, Jepun, mata peminat turut tertumpu kepada penampilan penyanyi wanita berkenaan.
Syahrini yang sinonim dengan gaya anggun dan eksklusif, tentunya mengenakan persalinan yang bukan biasa-biasa rekaannya, apatah lagi pada hari yang cukup bermakna di dalam hidupnya.
Saat menerima lamaran si suami, penyanyi lagu Seperti Itu? mengenakan baju kebaya moden ilham Danny Satriadi yang cukup menawan, lengkap dengan detailing angsa yang di bahagian belakangnya.
Pereka yang sedia dikenali mempunyai hubungan baik dengan Syahrini turut melengkapi rekaan dengan belt serta perincian yang direka seakan-akan betuk berlian.
Sungguh…kebaya dalam rona pastel merah jambu itu tampak elegan, sebagaimana beberapa foto yang dikongsikan pereka berkenaan menerusi Instagramnya!
Foto: Instagram Danny Satriadi