Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dirinya sudah pun tamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki positif Covid-19.

Menurut Nabil, ini merupakan satu pengalaman baru buat dirinya kerana dia hanya duduk seorang diri di dalam bilik dan langsung tidak keluar.

“Siap Beli Tong Sampah Besar,” – Rupanya Nabil Mahir 14 Hari Kurung Diri Kuarantin, Minta Ramai Gunakanlah Akal Kalau…

“Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar. Apa-apa yang dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah.

“Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan family dan orang lain.

“Dulu quarantine kat rumah 3 bulan time MCO da 1 experience, but bila quarantine kat bilik je sorang2 is a whole new experience.

Ads

“Whatever it is, alhamdulillah semuanya dah selesai dan baik-baik saja,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan tunang kepada pelakon, Ayda Jebat itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nabil turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mengambil sikap sambil lewa lebih-lebih lagi bila berdepan dengan pendemik ini.

Ads

“Tolonglah semua, please please jaga diri by follow SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pendamic ini.

“Kalau ade berdekatan dengan case positive Covid-19, tolong la guna akal yang ada untuk quarantinekan diri.

“Sedih dan marah bila tengok makhluk yang tak bermoral seperti orang yang da pakai pink bracelet tapi nak keluar macam biasa. Jangan jadi punca cluster baru.

Ads

“Let’s put a stop to this pendamic. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disciplinekan diri. Kita bole menang,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Nabil.

“Siap Beli Tong Sampah Besar,” – Rupanya Nabil Mahir 14 Hari Kurung Diri Kuarantin, Minta Ramai Gunakanlah Akal Kalau… “Siap Beli Tong Sampah Besar,” – Rupanya Nabil Mahir 14 Hari Kurung Diri Kuarantin, Minta Ramai Gunakanlah Akal Kalau… “Siap Beli Tong Sampah Besar,” – Rupanya Nabil Mahir 14 Hari Kurung Diri Kuarantin, Minta Ramai Gunakanlah Akal Kalau…

Sementara itu, Nabil dan Ayda bakal melangsungkan perkahwinan mereka 1 Januari depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI