Lebih 17 tahun bergelar anak seni, penyanyi Rosma,35, mengakui dia sebelum ini sering menjadi mangsa body shaming gara-gara saiz badan yang berisi.
Malah, bintang Lebih program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini turut mendedahkan, ada yang menyifatkan dirinya tidak sesuai bercinta dengan Khai yang ini merupakan suaminya.
Itu antara berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan tersebut, yang sekali gus menjadikan pemilik nama lengkap, Rosmayati Sidik ini lebih kuat.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” katanya.
Kini tampil dengan bentuk tubuh ideal, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menambah, kata nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
Ads
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Ads
Rosma kini tampak menawan dengan memiliki berat sekitar 47 kilogram.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masajadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” akui Rosma yang sibuk menguruskan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014.
Ads
Saat berat badan naik mendadak sebelum ini, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya lagi.
Sekarang, produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159 dan maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Elisya Sandha berang dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa keputusannya berpindah ke rumah baharu disebabkan bergaduh dengan ibu mentua yang juga merupakan pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusli.
Jelas Elisya, tuduh tersebut amat berat dan boleh mejejaskan keharmonian keluarga.
“Keluarga sangat penting buat saya. Saya tak kisah kalau orang nak bercakap mengenai saya tapi jangan keluarga saya.
“Bila ada yang mendakwa tindakan saya keluar daripada rumah mentua kerana bergaduh dengan mama Sheila, hal itu memang tak berlaku langsung.
“Bagi saya, itu bukan kontroversi tapi fitnah,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia dan suami hanya mahu hidup berdikari seperti keluarga-keluarga baharu yang lain.
“Bila sudah berkeluarga, pasti kita mahu rasai pengalaman hidup sendiri. Saya hanya berkongsi video rumah baru dan keluarga mentua melawat saya tapi lain pula tanggapan orang.
“Saya baru bercakap dengan suami yang saya stess. Bila duduk rumah mentua, orang kata, tak nak duduk rumah sendiri ke? Bila keluar, katanya bergaduh pula. Ada sahaja yang tak kena.
“Jadi, suami minta saya tidak melayan dan fokus dengan keluarga,” ulasnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) baru-baru ini.
Katanya lagi, perkara seperti ini secara tidak langsung telah mengguris hati keluarga mentuanya.
“Saya sebenarnya tak mahu pun melayan dakwaan-dakwaan tersebut tetapi bila Mama Sheila bertanyakan kepada saya, kenapa orang cakap begitu? Jadi, saya harus jelaskan kepada umum.
“Mama dan papa sangat sedih dan terasa. Kalau mereka diam saya tidak akan buat apa-apa kenyataan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Elisya mendedahkan dia dak suami kini sedang membiasakan diri hidup di rumah sendiri.
“Alhamdulillah, setakat ini, baik-baik sahaja. Saya baru berpindah dalam dua minggu. Banyak juga perkara yang kami baru belajar. Bila duduk rumah mentua, ada sahaja makanan terhidang.
“Bila duduk rumah sendiri, pandai-pandai la hidup dan bangun Subuh. Potong limau pun salah. Saya anggap itu sebagai proses pembelajaran,” akhirinya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel ada sebab tersendiri memilih nama perniagaan makanan pancake iaitu Pancake Tembam.
Katanya, dia mahukan sesuatu yang unik dan luar biasa agar mudah diingati orang ramai.
“Kita mahu ketengahkan ciri-ciri pancake yang gebu dan lembut. Pada awalnya, saya nak letak nama Fluffy Pancakes, tapi saya rasa macam klise.
“Jadi saya beri nama Pancake Tembam dan nama itu secara automatik diingati dan orang akan tertanya-tanya “bahagian mana yang tembam”? Ternyata pancake kami lebih gebu dan lembut.
“Saya harap orang ramai jangan salah faham dengan nama tersebut,” kata Naim kepada MH.
Terdahulu, penyanyi lagu Sumpah ini ditemui di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat sejurus selesai melakukan persembahan program All Stars Buka Panggung.
Meski mengakui pada ada yang berfikiran tersirat (double meaning), terhadap nama pancake yang diusahakan, namun Naim menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang berjaya kerana baginya, nama tesebut mudah diingati.
“Saya ada juga baca di media sosial mengenai penerimaan orang ramai terhadap nama yang diberi, tapi saya tak ambil pusing perkara itu.
“Bagi saya nama tersebut ‘melekat’ dalam kepala orang ramai dan mudah diingat,” jelasnya yang menjalankan perniagaan selama dua bulan di The H, Hartamas.
“Pada awalnya, team saya gelakkan saya disebabkan nama tersebut, jadi kami cuba jalankan perniagaan untuk beberapa bulan dan akhirnya nama itu melekat.
“Ramai juga yang datang ke kafe kami dan mereka suka keenakan pancake dan nama tersebut,” kata Naim yang merancang untuk mengembangkan perniagaan di Cybrejaya selepas ini.
Foto: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2013, Meadow Rain Walker baru sahaja berusia 15 tahun. Namun kasih dan sayang yang diterima tidak pernah berkurang, lebih-lebih lagi sahabat baik ayahnya, Vin Diesel merupakan bapa baptis atau godfather kepadanya sejak dia dilahirkan.
Selepas ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir, Vin Diesel mengambil tanggungjawab berperanan sebagai seorang bapa dan sentiasa ada dalam detik penting hidup Meadow.
Kelmarin, Meadow telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya mengumumkan yang dia sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya, Louis Thornton-Allan dalam satu majlis yang diadakan di Republik Dominican.
Sumber gambar: Instagram Louis Thornton AllanCincin tanda perkahwinan. Sumber gambar: Instagram Louis Thornton Allan
Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik sebuah video di sebalik tabir perkahwinannya dalam warna hitam dan putih diiringi dengan kapsyen, “We’re Married.” Menurut laporan portal Vogue, pasangan ini melakukan majlis perkahwinan pada awal bulan ini.
Pasangan ini bertunang kira-kira dua bulan yang lalu, dan nampaknya tidak lama masa diambil mereka untuk terus serius membuat keputusan dalam mendirikan rumah tangga.
Salah satu momen yang menyentuh hati pada majlis perkahwinan ini, Vin Diesel kelihatan bangga mengiringinya sepanjang majlis perkahwinan. Vin dilihat memaut erat tangan Meadow sebelum dia mengikat tali pernikahan dia atas altar.
Meadow memang rapat dengan keluarga Vin Diesel. Sumber gambar: Instagram Meadow Walker
Kini, pada usia 22 tahun, Meadow merupakan seorang model yang sedang meningkat naik selain dia juga aktif dalam aktiviti kemanusian menerusi Yayasan Paul Walker.
Yayasan tersebut ditubuhkan bagi mengingati dan meneruskan semangat mendiang ayahnya yang banyak melakukan aktiviti kemanusiaan dalam membantu orang yang memerlukan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Min-hee, 43, telah selamat melahirkan seorang anak lelaki hasil hubungan bersama pengarah filem terkenal, Hong Sang-soo.Menurut laporan media tempatan,...