Terharu atas penerimaan ramai ketika bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu, penyanyi Ernie Zakri tampil memberikan dedikasi kepada semua menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pada Ahad.

Malah dia turut terharu apabila melihat video reaksi terhadap persembahan lagu Gundah di anugerah muzik tahunan itu di YouTube.

“Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua “Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua“Tak sedar masa berlalu, dah seminggu #AJL35 berlalu. Terlalu banyak doa-doa yang baik daripada kalian. Reactions di YouTube membuatkan saya sendiri rasa sebak bila mendapat sambutan yang baik di kalangan semua. Syukur Alhamdulillah.

“Jangkaan untuk menang jauh sekali, tapi siapalah saya untuk menafikan rezeki malam itu. Alhamdulillah. Tiada kesalan, tapi lebih banyak lagi harus diperbaiki dalam persembahan itu,” tulis Ernie.

Dia pada masa sama turut mengharapkan sokongan serta kata-kata positif daripada peminat buat dirinya serta rakan lain.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“Inshallah, doakan saya, doakan rakan rakan lain yang turut sama berjuang bukan saja dalam #AJL35, tapi berjuang kerana mencintai bidang ini.

Hiburan bukan sekadar hiburan, inilah kerja kami. Sedaya upaya kami berikan untuk anda semua. Doakan yang baik baik. Inshallah. Semoga kita semua terus tetap semangat untuk menghiburkan! Aamin,” tulisnya lagi.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing selain menghargai bakat nyanyiannya.

“Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua “Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua “Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua

IKLAN

Terdahulu, Gundah yang tulisnya bersama Sharon Paul bersaing bersama 11 buah lagu lain di AJL35. Ernie turut dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik kali ini.

“Siapa Dekat Sini Tak Habis Lagi Tengok Video Reaction…,” – Tak Sedar Dah Seminggu AJL35, Ernie Zakri Terharu Respon Baik Semua

Foto: Instagram Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI