Hampir empat bulan bergelar isteri, pelakon dan usahawan, Syifa Melvin tidak terlepas ditanya mengenai cahaya mata.

Mengakui tidak membuat sebarang perancangan keluarga, sebaliknya Syifa dan suami, Safawi Rasid, 26, menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.

“Siapa kahwin tak mahu anak kan, insyaAllah ada rezeki adalah. Doakan yang baik-baik.

“Banyak perubahan selepas berkahwin, tanggungjawab pun bertambah serta berat badan saya pun makin bertambah sebab bahagia kot,” kata Syifa kepada MH.

Ads

Syifa ditemui pada majlis pelancaran Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung di Glass House Klang, Selangor pada malam Khamis.

Kini berhijrah ke Ratchaburi, Bangkok menemani Safawi yang bermain untuk kelab Ratcaburi FC, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, berkata di sana dia memberikan sepenuh tumpuan dan fokus terhadap tugasnya sebagai seorang isteri.

“Kehidupan di Ratchaburi okay sebab saya dengan suami sahaja. Memang seratus peratus saya beri perhatian pada dia sahaja.

Ads

“Di sana memang saya betul-betul jadi surirumah sepenuh masa.

“Tempat kami duduk tu susah nak cari makanan halal, jadi memang hari-hari saya akan memasak tapi saya okay sahaja sebab memang suka memasak,” katanya lagi.

Ads

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Sebalik melangsungkan perkahwinan, pasangan ini kemudiannya terbang ke Ratchaburi kerana Safawi kini bermain untuk kelab bola sepak Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI