Hampir 30 tahun mempertaruhkan bakat dalam industri lakonan, Jasmin Hamid berkongsi cerita penat lelah bergelar pelakon.
Jelasnya, acapkali selepas Subuh, lazimnya dia akan terus keluar mencari rezeki untuk menyara hidup sekeluarga.
Tiada masa berehat, namun apa yang penting, rezeki yang diperoleh halal dan diberkati.
“Siapa kata kerja PELAKON tak penat?
Lepas Subuh je, terus keluar rumah menjemput Rezeki Allah untuk sara hidup.
Ads
"Mana je ada ruang untuk luruskan pinggang, mesti tak akan lepaskan peluang… Yang penting, walau apapun pekerjaan yang HALAL, harus sentiasa bersyukur padaNya.
“Kita kena enjoy dengan pekerjaan yang kita buat, baru akan dapat hasil yang berkualiti, dapat pahala dan Berkat.
Ads
"Bukan senang nak ambil duit orang lain.
Sebab tu kena kerja sungguh-sungguh. Hebat Bukan?” kongsinya.
A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on Oct 15, 2019 at 8:03pm PDT
Pelakon jelita ini memulakan karier lakonan pada 1990 selepas terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 1990/1991. Filem Boss merupakan langkah pertama sebagai anak seni pada usia 17 tahun.
Cukup hebat, 29 tahun dalam industri, namun nama masih kekal relevan hingga kini.
Foto : Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil Izreen Azminda atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkongsi momen saat meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tirinya, Arish Muqri, 6 tahun.
Turut disertai ahli keluarga lainnya, perkongsian pelakon ini nyata menerima reaksi positif wargamaya.
“Selamat Hari Jadi yg ke-6 Arish Muqri Muhammad Radzi.. Kita sambut awal sehari,” tulisnya.
Mendoakan agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Arish.
Terdahulu, Izreen dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 5 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara Ude turut memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Liana Salleh.
Gambar: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada penyanyi terkenal, R. Kelly. Dia akhirnya telah disabitkan kesalahan atas jenayah pemerdagangan seks yang telah dilakukan lebih dua dekad lamanya.
Setelah dua hari bersidang, seramai tujuh juri lelaki dan lima juri wanita mendapati Kelly, 54, bersalah atas kesemua sembilan tuduhan, termasuk pemerasan, pada hari kedua perbincangan mereka.
Dalam laporan AP news, penyanyi tersebut dilihat mengenakan topeng muka bersama kacamata berbingkai hitam, tidak bergerak dengan menunduk ke bawah ketika keputusan dibacakan di mahkamah persekutuan di Brooklyn.
Barusan juri mendapati Kelly atau nama sebenarnya, Robert Sylvester Kelly merupakan seorang ketua skim ganas yang memperdaya wanita dan kanak-kanak untuk didera secara seksual olehnya.
Selain dirinya, beberapa pengurus dan dan pembantu turut disabitkan kesalahan kerana membantu penyanyi tersebut untuk berjumpa dengan wanita dengan membuat mereka tenang dan patuh kepada arahan yang diberikan. Berikutan ini dua orang telah didakwadalam sebutan kes berasingan yang ditangguhkan di Chicago.
Untuk sesi perbicaraan penyanyi yang pernah bergelar suami kepada mendiang Aaliyah ini, seramai 11 orang penuduh terdiri dari sembilan wanita dan dua lelaki terlibat dalam perbicaraan yang memakan masa enam minggu itu. Mereka menggambarkan jenayah yang dilakukan oleh penyanyi tersebut termasuklah kelakuan penghinaan dan keganasan seksual.
Seorang wanita yang memberi keterangan di dalam kes ini menyatakan yang dirinya telah dipenjarakan, dibius dan diperkosa. Wanita yang dikenali sebagai Sonja itu mengatakan dalam satu kenyataan bertulis selepas keputusan bahawa dia “bersembunyi” dari Kelly kerana ancaman yang dibuat terhadapnya sejak dia tampil membuat pertuduhan terhadap penyanyi itu secara umum.
Pelawak dan penyampai radio, Ajak mengakui berasa sangat bersyukur kerana sehingga kini kerjayanya sebagai seorang penyampai masih lagi mendapat tempat di hati para pendengar.
Pada masa sama, Ajak turut menyangkal dakwaan segelinitir pihak yang merasakan kehadiran pelawak-pelawak sebagai penyampai radio hanya akan menutup pintu rezeki orang lain.
Jelas Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, tidak kiralah apa pekerjaan anda sebelum ini, sekiranya anda berbakat dan memiliki kritiria-kritiria yang telah ditetapkan, anda sebenarnya layak untuk menjadi seorang penyampai radio.
“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bagaimana penerimaan orang terhadap lawak-lawak saya. Buat masa sekarang Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya belum lagi terima komen-komen negatif.
“Cuma kalau nak katakan pelawak-pelawak yang jadi penyampai radio ni sebagai menutup rezeki orang lain, saya rasa tak mungkin.
“Sekali lagi saya ingatkan di sini, tak kisahlah apapun profession anda, kalau dia seorang postman pun dan dia berbakat, saya rasa dia layak untuk jadi penyampai radio,” katanya kepada MH.
Ajak yang juga merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria itu berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut mendedahkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyampai radio harus menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dan prosesnya tidaklah semudah seperti yang disangka.
“Kita tak boleh nak menafikan bakat-bakat orang lain. Sebenarnya, nak jadi penyampai radio ini dia terbuka kepada semua. Boleh jadi anda seorang pelakon atau pengacara tapi dia kena lepas la dulu sesi ujibakat.
“Nak jadi penyampai radio kena jalani ujibakat juga. Tak boleh nak serkap jarang je. Prosesnya pun susah kerana kita kena tahu cara berkominikasi dengan betul dan peka dengan situasi semasa.
“Saya sebenarnya tiadalah belajar pandai sangat pun cuma cara saya bercakap tu yang buat stesen radio terima. Alhamdulillah saya masih lagi di sisi.
“Terima kasih kepada semua yang menyokong. Kadang-kadang saya pun gelak sendiri juga,” jelasnya lagi.
Selain Ajak, Team Pagi Suria yang ke udara bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi turut menampilkan dua penyampai lainnya iaitu Issey dan Fizi Ali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!