Walaupun pernah suatu ketika ada kenyataan selfie itu berkaitan dengan masalah jiwa. Sebenarnya MH kurang bersetuju dengan kenyataan ini.
Bagi MH, Selfie adalah sesuatu yang tidak perlu dimalukan. Semua orang boleh lakukannya tetapi haruslah berpada-pada.
Janganlah sehingga ia boleh memudaratkan diri contoh seperti selfie di tempat dan keadaan yang salah.
Sebenarnya, kalau korang nak tahu selfie ni juga ada banyak kebaikannya. Serius tak tipu! Nah ini dia MH senaraikan beberapa point yang membuktikan selfie itu sebenarnya ada juga kebaikannya.
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya apabila berselfie kita mampu dapat meningkatkan semula keyakinan dan kepercayaan diri terhadap diri sendiri. Mana tidaknya, jika tengok wajah kita cantik dan berseri tidakkah perkara itu akan membuatkan kita lebih cintakan diri kita?
Ada sesetengah orang, mereka tidak akan mengaku mereka kelihatan cantik ketika berselfie. Malah, ada juga yang akan cakap “oh saya tak cantiklah kalau macam ni..” secara tidak sedar, ia dapat membantu anda semua untuk memahami kelemahan diri sendiri. Oleh itu, pasti anda akan berusaha untuk mencari angle terbaik dan ingin pastikan kekal cantik walau apa jua sekalipun.
Ini paling kami setuju! Memang benar, kadang-kadang bila melancong atau keluar ke mana-mana kita pasti teragak-agak untuk meminta pertolongan orang lain untuk mengambil gambar bukan? Lebih lagi dengan didorong pula perasaan bercampur baur dan paranoid adakah orang itu boleh di percayai atau macam mana jika dia bawa lari telefon atau kamera kita. Jadi dengan adanya segala kemudahan seperti kamera depan, kita tidak perlu risau dan boleh bergantung pada diri sendiri.
Hah jangan tak percaya, baru-baru ini Sunsilk Hijab Recharge ada mengadakan pertandingan selfie bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge dan pemenangnya akan berpeluang terus ke Korea!
Seronok bukan? Tertanya-tanya bagaimana nak rebut peluang hebat ini? Boleh baca info di bawah…
Jangan tunggu lama-lama kerana penyertaan ini dibuka sehingga 27 Disember 2017 sahaja.
Bukan itu sahaja!
Baru-baru ini Sunsilk juga telah melancarkan “Replika Botol Syampu Terbesar” di Malaysia untuk meneruskan usahanya dalam memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda untuk mencapai impian mereka. Ia juga telah diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records.
Ini yang sempat kami rakam di lensa kamera sepanjang event ini berlangsung…
Berita baik lagi! Buat sesiapa yang membeli sebotol Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam boleh menebus hadiah daripada Sunsilk dengan mengambil hadiah dari replika botol gergasi yang penuh dengan pelbagai produk Sunsilk sementara stock masih ada.
Siapa kata selfie itu hanya untuk diri sendiri? MH kurang bersetuju dengan perkara ini. Bagi kami sebenarnya secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk lebih rapat dengan rakan di sebelah.