Anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mengakui dia kanak-kanak yang gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
Aaisyah yang kini berusia lapan tahun mendedahkan, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.
@rozitachewan1♬ original sound – ROZITA CHE WAN
“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap),” katanya ringkas di dalam sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok ibunya, dua hari lalu.
Menerusi video yang kini sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan itu, wargamaya mulai memberikan reaksi yang pelbagai.
Malah ada di antara mereka yang menyifatkan anak perempuan tunggal Rozita yang mesra disapa Che Ta itu sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
“Aaisyah cantik sayang. Tak pakai mekap pun cantik sangat. Tak yah pakai mekap sayang…”
“Aaisyah kalau tak make up lagi cantik.”
“Aunty tak pernah kecam. Sayang memang cantik, tak payah pakai make-up ya!”
“Awak dengan anak Acik sama dari kecik suka mekap.”
“Biarlah nak buat apa pon kan sayang, lantak pi orang nak kata apa.”
“Takyah pakai make up yea…memang awak dah memang cantik. Pakai yang lite-lite & natural ja. Lawo dah.”
Artikel Berkaitan;
Che Ta Tunai Janji Sambut Birthday Aaisyah, Meriah 8 Tahun Ada 8 Biji Kek!
“Anak Kami Memang Suka Besiap! Tak Kan Lah Dia Nak Melaram Kami Nak Larang,” – Che Ta
Terdahulu, Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan minat anak perempuannya itu yang gemar melaram atau bersolek.
Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat dan kesukaannya sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.