Komposer terkenal, Aubrey Suwito akui kurang mengerti obsesi segelintir peminat muzik dengan gelaran penyanyi nombor satu negara.

Menurut Aubrey, muzik sepatutnya diraikan dan bukannya menjadi alat pengukur untuk menunjukkan siapakah yang lebih bagus.

“Kenapalah kita obses sangat tentang siapa nombor satu? Siapa kisah? Ia merupakan muzik. Bukannya sukan. Bukan politik,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pencipta lagu Gemilang itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter).

Ads

Katanya lagi, seseorang penyanyi itu akan tetap disanjung sekiranya mereka mempunyai karya dan kualiti kerja yang baik.

“Pemenang tak dapat apa pun. Bila saya suka sesuatu lagu atau artis, nombor 99 pun okay sahaja. Sebab saya yang nak enjoy.

“Kalau kerja bagus, nak letak nombor apapun kita tak peduli,” ujarnya lagi.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.

“Saya setuju. Ada kalanya peminat terlalu fanatik.

Ads

“Segelintir peminat adalah toksik. Nikmati sahaja muzik itu dan jalani hidup seperti biasa.

“Ini adalah fakta tetapi memerlukan masa dan kebijaksanaan untuk diterapkan dalam kehidupan.

“Semua benda korang nak compare. Nasi kandar pun nak compare. Enjoy je la kepelbagaian,” antara komen-komen netizen di X.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa kelab peminat penyanyi terkenal didakwa ‘berperang mulut’ bagi membuktikan artis kesayangan mereka adalah yang terbaik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI