“Siapa Kita Nak Menilai…,” – Upah Ira Kazar Jadi Model Tudung, Aliff Syukri Profesional

Share

Selepas dikecam hebat dan diugut untuk diboikot netizen, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya menjelaskan mengenai pemilihan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar sebagai model terbaharu bagi jenama tudung keluarannya.

Menurut Aliff, pemilihan tersebut hanyalah bermotifkan bisnes semata dan dia enggan mencampuri urusan peribadi melibatkan pasangan berkenaan.

“Kenapa tak ambil Puteri Sarah? Kenapa sokong Ira? Eh hello, saya ni tak sokong mana-mana. Kalau anda nak tahu, saya juga pernah ambil Puteri Sarah untuk menggayakan tudung saya.

Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bobo Di Mana itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, sebagai orang luar, dia hanya mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut.

“Apa salah saya sebenarnya? Saya tak nak masuk campur hal personal orang lain. Bagi saya, saya doakan yang terbaik untuk mereka. Maklumlah kita tak tahu apa yg mereka alami.

“Bagi saya, siapalah kita untuk menilai seseorang. Kita sendiri tak tahu apa nasib kita di penghujung hari,” ujarnya lagi.

Malah, Aliff yang turut pernah bekerjasama dengan Puteri Sarah menyifatkan pelakon berkenaan mempunyai aura dan kecantikan tersendiri.

“Saya hanya bersikap profesional dalam bisnes sahaja. Apa pun bagi saya, Puteri Sarah juga ada kecantikannya dan aura tersendiri sebab tu pernah bekerjasama dengan beliau dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

“Saya hanya fokus kepada bisnes sahaja. Jadi, kepada anda semua, janganlah unfollow dan tak beli produk saya,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih kurang dengan video penjelasan tersebut namun, ada juga yang berpandangan yang Aliff berhak membuat sebarang keputusan untuk bisnesnya itu.

“Datuk ada hak nak memilih sebab itu bisnes Datuk. Pelanggan pun ada hak nak membeli atau tidak. Dekat dunia ini, semua orang ada hak atas kepunyaan sendiri. Bukan kepunyaan orang lain.

“Nak unfollow tapi masih ada di Instagram Datuk. Ingat Datuk heran korang nak unfollow.

“Terbaik Datuk. Dalam bisnes kena profesional dan Datuk adalah profesional. Netizen dan koyak berpisah tiada.

“Betul tu. Siapa kita nak menghukum salah manusia. Setiap manusia ada ujian dan dosa masing-masing. Jangan sampai kita pula mengheret orang lain sekali untuk sama-sama menutup periuk nasi orang lain. Kita manusia tak sempurna. Sampai masa kita pula diberikan ujian. Masa tu baru nak muhasabah diri,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memaklumkan dirinya telah bernikah dengan Ira pada tanggal 5 Januari lalu menerusi satu hantaran video di Instagram.

Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syasmul ketika itu bertindak memfailkan penceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Published by
MH