Drama Band mengakui lagu baharu mereka yang berjudul FYP dihasilkan khusus bagi menegur segelintir golongan penunggang agama dan penipu yang sanggup mengejar populariti demi ‘For You Page’ (FYP) di media sosial.

Vokalisnya kumpulan berkenaan yang juga komposer, Aepul Roza berkata, teguran secara berkias itu adalah wajar dan dia juga geram apabila maruah agama yang tinggi darjatnya dicemari dengan perkara yang tidak baik.

“Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah tujuan kami (Drama Band) untuk hadir menegur dalam lagu, sekali gus mesejnya dapat sampai menerusi lirik ditulis dan muzik video dipaparkan secara terus kepada masyarakat.

“Kami tidak menyebut nama sesiapa pun, tetapi isu sosial sebegini memang wujud dalam kehidupan nyata masyarakat sekarang yang begitu terdedah dengan media sosial,” katanya.

Aepul berkata demikian di samping anggota kumpulan yang lain ditemui pada Majlis Sidang Media FYP Drama Band di Rusa Cafe, Puchong, baru-baru ini.

Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Muhd Zalaludin menambah, terdapat beberapa watak yang ingin difokuskan di dalam penghasilan muzik video FYP.

Ads

“Ada banyak golongan ‘pemain’ untuk FYP di media sosial sebenarnya, tetapi yang kita mahu fokuskan untuk muzik video lagu ini adalah watak penunggang agama dan juga penipu.

“Sekarang ramai sangat orang kejar populariti daripada FYP. Mereka sanggup gunakan apa saja cara, tak kisahlah ‘kotor’ sekalipun asalkan dapat FYP di media sosial seperti TikTok,” katanya lagi.

“Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedas. Itulah Tujuan Kami,” – Aepul Roza Ulas Isu Lagu ‘FYP’ “Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedas. Itulah Tujuan Kami,” – Aepul Roza Ulas Isu Lagu ‘FYP’ “Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedas. Itulah Tujuan Kami,” – Aepul Roza Ulas Isu Lagu ‘FYP’

Lebih sebulan dilancarkan, muzik video FYP sudah mencatat hampir 400,000 tontonan di YouTube.

Ads

Selain Aepul, Drama Band dianggotai oleh Daus sebagai pemain gitar bass, Faeez Ikhwan (dram) Padel (gitar) Adib (gitar) dan Ome (keyboard).

FYP hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Aepul juga menjadi antara lagu dimuatkan dalam album sulung Drama Band berjudul Drama.

Ia mempunyai 21 lagu, termasuk yang dijual secara cakera padat (CD) sebanyak 3,000 unit selain di pelantar digital.

Ads

Lebih istimewa, Drama Band juga membuat pengumuman penganjuran Konsert The Hardest Malam Drama yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan dengan harga tiket antara RM79 hingga RM179.

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram Drama Band, pihaknya melakukan promosi potongan sebanyak 30 peratus bagi kesemua kategori tempat duduk tiket sehingga hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Drama Band (@dramabandmy)

“Tawaran terhad! Diskaun 30 peratus untuk semua jenis tiket dari 25 hingga 27 September!,” tulis akaun terbabit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI