Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri memohon sokongan netizen untuk terus memberi respon dan reaksi di saluran Youtube miliknya agar hasil yang diperoleh dapat disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya.
Jelas Aliff, secara tidak langsung, netizen yang melayari saluran berkenaan turut menyumbang kepada individu yang terjejas.
“1.3juta dah tq smua, jadi jgn lupa nonton yaa.. semoga di murahkan rezki kita smua.
“Siapa nak duit hadiah dr saya?? caraya kena follow ig @aliffsyukriterlajaklaris dan subsirbe youtube tv terlajak laris dan komen setiap vedio sy di ig dan fb dan sy akan bagi sebagaian duit ni ok.
“Saya Datuk Seri Aliff Syukri bin Kamarzamman ingin memberi sumbangan sebahagian dari hasil TV Youtube saya, dengan sokongan anda di Youtube Terlajak Laris, anda juga dapat menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan disebabkan Corona Virus Covid-19,” kongsinya.
Usaha yang dilakukan turut mendapat reaksi netizen dan memuji sifat dermawan penyanyi Bobo Di Mana itu.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri