Penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan reaksi susulan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali meski tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, walaupun kenyataan agamawan itu disifatkan secara umum namun dia merasa terpanggil untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.
“Siapa orang itu nak letakkan saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan.
“Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT… nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi islam daripada mereka yang memakai tudung.
“Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Ads
Sebelum ini, menerusi sebuah video pendek memaparkan kenyataan Ifa tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Selain itu, Ifa turut menjelaskan dengan kesenangan yang dimilikinya kini, dia boleh sahaja pergi ke mana-mana negara lain tetapi Allah telah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.
“Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti.
“Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di Tanah Suci… sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain.
“Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj.
Ads
“Saya pergi umrah dengan keinginan saya dan dijemput oleh Allah bukan kerana saya ada duit atau tidak… tapi atas jemputan Allah SWT.
“Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikaikan kehendak Allah?
“Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baru dalam hidup semasa membuat ibadah.
“Membuatkan saya lebih baik dari dulu dan banyak luangkan masa dekatkan diri dengan Allah,” katanya lagi.
Ifa mengakui dia sudah lali menerima pelbagai kecaman dan kritikan sejak bergelar anak seni bermula 26 tahun lalu.
Ads
“Memang saya tahu buka aurat tu berdosa besar dan benda (menutup aura) wajib. Dalam live pun saya sebut doakan saya baik-baik, InsyaAllah saya berubah ke arah itu.
“Tapi bila orang seperti saya yang jahil ini lagi seorang pendosa bagi komen, semua orang tak boleh terima apa pandangan saya.
“Terpulanglah hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan.
“Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah.
“Dipuji pun saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Bunga Isme, 24, apabila berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahad lalu.
Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhri mengakui banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk berjaya.
Malah jadual padat atas faktor komitmen terhadap karies seni hampir membuatkan dia pernah rasa putus asa untuk menamatkan pengajian.
“Banyak kali saya rasa nak putus asa, ketika itu ada beberapa subjek saya gagal dan sangat kecewa. Mungkin saya terlalu fokus kepada muzik sehingga tertinggal dalam pelajaran.
“Jadi saya ambil keputusan untuk ketepikan muzik dalam masa setahun. Tapi saya rasa ia satu keputusan yang bagus kerana akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya,” katanya, petik Harian Metro.
Penyanyi Intan Payung itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Malah momen indah itu turut dikongsikannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tambah isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri ini lagi, antara cabaran sepanjang pengajian termasuk kena berulang alik dari Damansara, Selangor ke tempat pengajiannya di UiTM Seremban, Negeri Sembilan.
“Ketika belajar terdapat komitmen yang tidak dapat dielakkan dan saya juga tidak dapat menetap di Seremban. Jadinya setiap kali ada kelas saya akan berulang alik dari Damansara Damai ke Seremban.
“Perjalanan ke sana mengambil masa dua jam dan saya perlu bangun seawal 5 pagi. Pernah juga saya terpaksa naik kereta api dan bangun lebih awal dari biasa.
“Bagi saya masa dan perjalanan menjadi cabaran saya sepanjang menjadi pelajar,” katanya yang turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana suatu hari nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Abdul Hamid Haji Ibrahim pada 22 April lalu.
Menerusi entri terkini milik penyanyi itu di Instagram, bintang berusia 30 tahun ini ada mengimbau foto arwah bapa tercinta ketika di usia muda.
Ariz juga ada menitipkan doa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-62 tahun.
Bukan itu sahaja, Ariz turut berkongsi keperibadian bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar buat dirinya sekeluarga.
“Abah aku kpop dulu. Haha! Selamat Ulangtahun Abah yang ke 62 tahun. Terima kasih abah atas segala kerja keras, Abah banyak bantu keluarga dan orang lain.
“Terima kasih sebab ajar kami berdikari dari dulu lagi. Abah jangan risau kami akan jaga Ibu sebaik mungkin. Moga Abah tenang di sana. Al-fatihah,” tulisnya.
Usahawan yang juga bintang media sosial popular dunia, Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 2 Februari lalu.
Berita gembira mengenai kelahiran anak lelaki mereka itu dimaklumkan menerusi Instagram.
Ia sekaligus membuatkan para peminatnya teruja dengan pelbagai komen telah ditinggalkan menerusi entri berkaitan.
Di dalam hantaran tersebut, Kylie berkongsi foto anak sulungnya, Stormi yang memegang jari bayi yang baru dilahirkan bersama kapsyen 2-2-22 beserta emoji berbentuk hati.
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...