Pelakon Syafie Naswip meminta pertolongan ramai bagi mengesan pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Kambing Kacak.
Difahamkan menurut bintang tersebut, individu terbabit sering bertindak menghantar komen berbaur lucah serta menghina keluarga Allahyarham pengarah Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohd Hanif menerusi laman sosial.
Kesal dengan komen melampau yang dibuat, Syafie turut memohon kuasa viral dari orang ramai bagi mengesan individu yang dimaksudkan.
“Sesiapa boleh tolong tak macam mana nak trace siapa owner facebook Kambing Kacak berlagak hebat ini.
“Sebab dari hari pertama arwah abang pitt meninggal, beliau selalu meninggalkan komen yang berunsur lucah/menghina & mengherdik keluarga arwah serta ibu kandung arwah,” tulisnya.
Ads
Malah, bintang 4 Penjuru itu juga sudah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.
“Report polis sudah dibuat tetapi masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak polis.
“Jadi mohon kuasa viral anda membantu keluarga arwah mencari siapa owner di sebalik kehebatan Kambing Kacak ini,” pinta Syafie.
Ads
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut kesal dengan individu terbabit.
Sementara itu, isteri kepada arwah Pitt, Farah Ahmad turut meluah rasa tak puas hati dengan perbuatan individu sama.
Oktober tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian anak sulung kepada pelakon senior, Fauziah Nawi itu selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto:Instagram Syafie Naswip,Ira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Asyraf Khalid mendedahkan walaupun dibesarkan dalam serba kemewahan, namun bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa seorang yang sangat tegas, dan mahu anak-anak berusaha sendiri tanpa bergantung harap kepadanya.
Kongsinya lagi, pengalaman hidup bapa yang berasal sebagai anak kampung dan kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai kejayaan dijadikan sebagai sumber inspirasi dia dan isteri dalam memulakan perniagaan Mutyara Beauty.
Malah tegasnya, bapa tidak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit dan untuk memiliki sesuatu, mereka perlu berusaha mendapatkannya.
“Salam semua,
Alhamdulillah, baru-baru ni, saya & isteri Tya, release story tentang bagaimana kami mulakan perniagaan kami bersama, Mutyara beauty.
“Alhamdulillah, banyak juga positive feedback yang kita terima especially selepas mereka tengok video kita di Youtube.
“Ada juga komen-komen yang saya nampak sedikit negative lebih-lebih lagi di twitter & juga di blog-blog tempatan. Saya juga nak cakap sikit kalau boleh.
Ramai orang bila dengar story kita, focus pada headlines, tapi point utamanya, ramai orang tak nampak atau tak tangkap.
“Yes betul, saya di lahirkan dalam keluarga yang berpengaruh, Ayah saya seorang yang berjaya dalam bidang beliau, & saya sangat bangga mempunyai Ayah seperti Ayah, lebih-lebih lagi cara didikan Ayah kepada saya.
“Ayah was a hard father to me, dia tahu hidup kita senang, semua Ayah boleh bagi, jadi Ayah didik dengan cara Ayah tersendiri. Ayah punyai impian untuk anak-anak beliau menjadi berjaya, kalau boleh, kata Ayah, beliau nak kita lebih berjaya pada Ayah.
“Ayah juga asalnya sebagai anak kampung. He really made it from Zero, and i can’t imagine the hardship that he went thru. Ayah terpaksa naik basikal berkilo meter sehari hanya untuk ke sekolah setiap hari.
“Ramai yang tak nampak, cara didikan Ayah tu yang membuatkan saya dapat sedikit kejayaan. Walupun kejayaan yang kita ada ni bukanlah hebat mana, tapi saya bersyukur kerana di pilih Allah untuk membantu ramai orang lain.
“Ayah tak pernah manjakan saya dari segi wang ringgit, & saya paling takut nak mintak duit dari Ayah dari kecil. Ayah didik kita dari kecil, kalau nak sesuatu, you have to work for it. Ayah selalu ingatkan kita juga tentang kesusahan yang beliau lalui.
“Ayah percaya, kalau kita bagi seseorang itu ikan, dia akan selalu meminta ikan kepada orang, tapi kalau dia mengajar kita cara untuk memancing, kita akan boleh tangkap ikan pada bila-bila masa.
“Betul, susah saya ni, tak la susah macam ramai orang, mungkin banyak yang lebih susah. Jadi saya sangat bersyukur di lahirkan di keluarga yang, Alhamdulillah, Allah bagi lebih. Mungkin Ianya lebih mudah bagi saya kerana Allah nak bayar balik kesusahan yang Ayah & Tok nenek kita lalui dulu,” kongsinya.
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Kebakaran ngeri itu telah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru disahkan terkorban, empat cedera parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan.
Penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah ketika bersiaran langsung tidak dapat menahan kesedihan rentetan tragedi ini.
Ketika itu, dia tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat ketika membaca berita mengenai surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut.
Intan tidak dapat menahan kesedihan lebih-lebih lagi ketika menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.
Ketika itu, dia mula sebak dan terus menundukkan muka. Bagaimanapun, teks itu disambung oleh pasangannya, Kamaruddin Mape pada malam Khamis itu.
“Sebenarnya sejak dua tiga hari ni mata kiri saya asyik berkelip-kelip. Selalu orang kata nak menangis. Saya risau sebab takut ada perkara buruk nak jadi.
“Rupa-rupanya, bukan setakat menangis je, tapi menangis masa live on air. Hanya Allah je tahu betapa susahnya nak kawal perasaan, nak make sure okay semula sebab banyak lagi berita nak baca ni. Ikut hati memang nak lari keluar studio.
“Tak nak baca dah. Tapi tu akan menyusahkan semua orang termasuk rakan penyampai, En Kamaruddin Mape, penerbit dan krew produksi. Paling terharu bila makeup artist, sharmin lari masuk dalam studio bawa tisu,”ujarnya kepada MH Online.
Tambah Intan, dia yang malu apabila menangis seolah-olah dirinya tidak kuat dan gagal mengawal perasaan.
“Tapi alhamdulillah semua orang faham dan lebih menyentuh hati, penonton pun sedih bersama-sama. Lagi terkejut bila video baca tu jadi viral,” katanya.
Bila ditanya mengenai bagaimana mengawal perasaan sebagai pembaca berita, Intan berkata dia bukanlah orang yang sesuai untuk memberi tips oleh kerana dia sendiri juga tidak dapat mengawal perasaan.
“Sebelum ni banyak kali nak menangis sbb sedih tengok orang meninggal dunia. Especially kalau orang tua, memang saya sedih. Sebab teringatkan arwah ayah saya yang dah pergi empat tahun lalu.
“Tapi kalau nak kawal perasaan tu, selalunya saya takkan tengok visual masa cerita tu ditunjukkan. Saya akan divert perhatian kepada benda lain untuk make sure saya tak terfikir pasal kesedihan cerita tu,” jelasnya.
Intan turut berkata, sejujurnya tiada kata-kata yang sesuai untuk memujuk hati keluarga mangsa yang perlu mengharungi hidup selepas ini tanpa anak-anak yang mereka sayangi.
“Hanya doa dan harapan yang boleh saya kirimkan supaya mereka terus kuat dan tabah. Seluruh rakyat Malaysia pun bersedih dengan kehilangan anak-anak syurga itu,” ujarnya.
Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama TV3. Perkongsian Buletin Utama itu telah menerima lebih daripada 519,741 tontonan dan lebih 4,430 perkongsian setakat ini.
Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi rasa sayu mereka atas kejadian yang sangat mengejutkan ini.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...