Pernah disahkan positif Covid-19, pelakon Puteri Sarah Liyana telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Sinovac.

Menerusi hantaran di Instagram, Sarah ada berkongsi momen ketika menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor.

Di samping menzahirkan rasa teruja, Sarah turut rasa syukur apabila kerana telah menerima suntikan vaksin Covid-19 memandangkan sebelum ini dia pernah disahkan positif wabak berkenaan.

Ads

“Ada tak orang yang excited kena vaccine macam i . 38 days after positive. So today i dapat Sinovac vaccine.

“Yeaaayyy nak share dengan semuaaa. Ada berita baik dari KKM, whoever yang pernah Positive covid dan selepas 14 hari, takda symptoms , sihat , boleh vaccine !!!!!!,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini menyarankan kepada orang ramai untuk segera menyemak status penerimaan suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahytera agar tidak terlepas tarikh penerimaan suntikan vaksin.

“So apelagi guys. Cepat, cepat update your My Sejahtera and check ok, kot2 dah dapat date Lindung Diri, Lindung Semua Facemasak @amiraaothman,” tulisnya lagi.

Ads

Sekadar informasi, Sarah juga turut menjadi sukarelawan sebagai petugas di PPV tersebut.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang cahaya mata ini pernah disahkan positif Covid-19 pada 19 Mei yang lalu.

Ads

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI