Merakam video sebagai simbolik kasih sayang yang utuh, pelakon Nur Risteena Munim ada bertanyakan soalan kepada tunangnya, Isa Khan.
Lantas, Isa menjawab tenang dengan penuh perasaan.
“Siapa sakitkan hati awak (Risteena), kena berhadapan dengan saya. Saya tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati awak.
“Semua kenangan kita, saya simpan dalam ingatan dan saya tak akan lupakan semua itu. Memeori indah saya bersama awak. Ketika kita mula-mula bercinta, saya jaga awak,” katanya jujur.
Berlatatbelakangkan lagu Hanya Rindu nyanyian penayanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik bebrapa jam lalu.
Sementara itu, menerusi Instagram Risteena pula, Isa turut meluahkan isi hatinya terhadap tunangnya itu.
“Kalau ada perkataan yang lebih meyakinkan dari cinta, kalau ada sebutan yang lebih luar biasa dari ‘I love U’, saya dah sebut perkataan itu setiap hari pada awak.
Ads
“Perkataan ‘I love U’ tu tak cukup untuk saya nyatakn cinta saya pada awak.
“Saya tak pernah ada seseorang yang menghargai saya seperti mana awak hargai saya. Setiap hari perasaan sayang saya bertambah pada awak.
Ads
“Saya tak akan berhenti mencintai awak. Kalau saya lupa ingatan, awak tunjuk video ni pada saya, okay ,” katanya.
Pelakon versatil, Nabila Huda ada memuat naik pandangannya secara humor mengenai istilah ‘bossku’ yang sering digunapakai ketika ini.
Pelakon Tombiruo itu ada berkongsi reaksinya menerusi Insta Stories.
Dia secara seloroh meminta supaya berhenti gunakan ayat seperti ‘Bossku’ dan ‘Malu apa Bossku.’
“Bokeh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah amende tu. Benci gila la!
“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah. Macam orang cakap “retis”! Sumpah rasa nak cepuj je bosskur bosskur. Kg.com sangat! Love!,” tulisnya.
Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi Abil. Korang suka pakai ayat tu tak??
Foto: IGS Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Amboi, ingatkan gurauan menjodohkan Cik B dengan Danish Hakim, anak kepada pelakon Norman Hakim sekadar terhenti di situ,rupa-rupanya Datuk Seri Vida mula ‘membawang’ dengan rakan-rakannya dan bercerita lanjut akan masa depan kedua-duanya.
“Betul ke nak jodohkan Cik B dengan anak Norman Hakim?” tanya sahabatnya menerusi klip video yang dimuatnaik di Instagram Vida.
Membandingkan Cik B dengan Danish yang dilihat mempunyai keperibadian yang baik dan hafaz Al-Quran, kata Vida sebagai seorang ibu, dia mengimpikan menantu begitu.
Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis yang kini menetap di Montreal, Kanada, Azah Aziz kini sedang berliburan di Sydney, Australia. Turut mengiringi percutiannya ke sana ialah anak sulung, Aaron.
Lalu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Cinta Karporat tidak lama dulu itu ada berkongsi beberapa foto menarik saat mereka di sana.
Lalu, ramai juga netizen yang mulai ‘cuci mata’ apabila melihat ketampanan anak sulungnya yang kini sudah pun mencecah usia 22 tahun.
Aaron merupakan anak sulung di kalangan tiga beradik yang kesemuanya lelaki. Anak kedua Azah bernama Brian, 15, dan Justin 12, hasil perkahwinannya bersama Daud Leroy Abdullah.
Jom, ikuti beberapa foto menarik Azah bersama anak sulungnya ini saat berliburan di Sydney.