Bekas pelakon dan usahawan, Ben Ali yang kini merupakan pengarah Absolut Brands Sdn Bhd mengakui bukan satu yang yang mudah untuk berada di tahap sekarang.
Gembira dalam syukur, bekas finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini juga tidak menyangka, bermula dari pondok rehat yang terletak di perumahan awam Sri Sabah, Cheras, kini perniagaan Absolut Chocolat mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.
Kilang di bawah nama Absolut Brands Sdn Bhd berkeluasan 14,000 kaki persegi itu menjalankan operasi perniagaan Absolut Chocolat, selain memayungi dua lagi jenama lain iaitu Absolut Food Festival dan Absolut Talent & Management.
“Saya mengemudi perniagaan ini bersama isteri, Nadiyah Shahab. Kami berduamelalui suka duka, turun naik. Tapi semua itu jadi kenangan dan pengalaman berharga.
“Bayangkan di pondok rehat perumahan awam itu segala operasi dan urusan dilaksanakan. Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat.
Ads
“Pendek kata macam macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat. Malah kami pada awalan pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” katanya
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, 30, turut mengimbas, selepas beberapa hari ‘menumpang’ pondok berkenaan, mereka kemudiannya berpindah ke khemah menjual air kelapa.
“Selepas dua tiga minggu menumpang di khemah itu, kami menyewa pula suku lot berdekatan LRT Cheras.
“Dalam tahun 2018, memang kami kerap ‘berpindah randah’ dari satu tempat ke tempat lain. Kemudian kami bertukar ke Medan Connaught Cheras hujung tahun sama. Kami menyewa satu lot premis yang dibahagi dua bahagian
Ads
“Bahagian depan dijadikan pejabat, manakala belakang pula sebagai tempat pembungkusan kek dan penghantaran. Apabila perniagaan semakin berkembang kami menyewa pula satu lagi lot di bahagian bawah bangunan sama. Ketika itu lot atas dijadikan ruang pejabat dan bawah pula urusan kerja,” kata Ben.
Menurut Ben, dia bersyukur perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’ ketika pandemik COVID-19 melanda sejak Mac tahun lalu.
Lalu pada 18 Februari, genap tiga tahun penubunan jenama itu dan mereka kini berpindah ke kilang yang lebih praktikal dan kondusif.
Ads
Ben pada masa sama menambah, dia berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya.
“Banyak lagi yang ingin kami kecapi. Cita cita kami sendiri mahu membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.
“Kami takkan berada di seni tanpa sokongan pelanggan tersayang. Terima kasih kerana terus setia menyokong kami hingga kini,” alhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon Edika Yusof ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.
Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.
Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.
“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.
“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.
Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatutnya menyambut hari tersebut.
“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya orang kafir yang memperingati kematian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya mati bunuh diri pada 14 Februari,” jelasnya.
Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Edika;
“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.
Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber: Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengambil pendirian untuk ‘blacklist’ (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya.
A Aida, 54, mempunyai sebab tersendiri apabila mengambil keputusan sedemikian.
“Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.
“Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi,” katanya, lapor Harian Metro.
Malah, A. Aida juga memaklumkan, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April depan.
“Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak.
“Bagi saya, isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.
“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermasalah, saya akan ‘blacklist’,” katanya lagi.
Ditanya artis yang akan menggantikan Ruhainies pula, kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.
“Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella. Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka,” katanya.
Terdahulu, A Aida memuat naik hantaran di Instagram dengan meluahkan perasaan dengan ujian yang menimpa rakan pelakon.
“Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi ujian. Dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu takda orang lain ke nak mengorat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto melibat pelakon dan hos, Fahrin Ahmad ketika sedang mengacarakan program siaran langsung, Wanita Hari Ini.
Entri tersebut memaparkan gurauan nakal seorang netizen yang mengusik cara pemakaian Fahrin yang dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bahagian alat sulitnya itu.
Bagaimanapun, Fahrin dilihat enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana menyifatkan ianya seperti sengaja dibangkitkan individu yang berniat jahat.
Memetik laporan Kosmo Online, Fahrin menafikan perkara berkenaan sebagai kegagalan berpakaian (malfunction) kerana dia sudah pun berkali-kali memakai seluar tersebut.
“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang korek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.
“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas pelakon drama, Kebaya Kasut Kanvas ini lagi, dia sebenarnya sudah pun lali dengan perkara tersebut dan menganggap ia sebagai asam garam bergelar anak seni.
“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kecaman dan tohmahan.
“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo Online & Instagram Fahrin Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!