Elfira Loy yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun hari ini ada memuat naik sekeping foto, bertanyakan sama ada wanita bertubuh kecil dan kurus di luar sana turut mengalami masalah kala mengenakan inner tangan.
“Siapa sini tangan kurus mesti faham kan perasaan bila pakai handsocks tapi asyik longgar je? Asyik kena betulkan sebab asyik melorot jee.
“Tapi el pakai @hssmuslimah ni elok je ngam dengan tangan sebab handsocks ni siap ada 3 size tauu. Ni el pakai size s tak longgar pun,” tulisnya.
Pertanyaan yang dikongsikan menerusi Instagram itu mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah ada juga yang mengalami situasi sama.
Foto: Instagram Elfira Loy