Penguatkuasaan mewajibkan ‘baby car seat’ bermula Januari 2020 turut mendapat perhatian Anzalna Nasir.
Berkongsi panduan pemasangan yang betul, pelakon ini menjelaskan, ia merupakan langkah terbaik bagi menjaga keselamatan anak-anak.
“Korang ada dengar tak pengumuman kerajaan untuk menguatkuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) mulai Januari 2020? I think it’s a great move to keep our children safe while in motor vehicles.
“Siapa tak sayang anak kan? So to all the parents out there, make sure korang pilih dan sediakan car seat yang sesuai mengikut ketinggian dan berat anak korang.
“Jangan lupa, penggunaan dan pemasangan perlu merujuk kepada manual Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dan juga manual kereta korang.
“Ni, Anzalna nak share garis panduan kat korang, so senang nak faham. Swipe left untuk tengok jenis car seat mana yang sesuai dengan tinggi/berat anak,” tulisnya.
Perkongsian ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji sikap prihatin dan peka ibu kepada seorang anak ini.
Sekadar info, Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Foto : Anzalna Nasir