“Siapa Tak Sayang Laki Oii,”- Rupanya Ifa Raziah Sehidup Semati Sama Suami Lebih 15 Tahun, Moga Ke Jannah

Share

Artis versatil, Saripah Raziah atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah telah memuat naik sekeping foto di laman media sosial akaun Instagram miliknya.

Kongsi penyanyi Gemercing Rindu ini, dia menitipkan suatu ucapan dan doa sempena hari kelahiran suami tercinta.

“Siapa tak sayang laki oii Happy Birthday buat Suamiku yg TERCINTA MOHD YANI 3hb June 2019.

“Semoga panjang umur , diberikan kesihatan yg baik & dilimpahi rezeki yg byk .. Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya bersama entri foto mereka berdua.

Untuk rekod, Ifa telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Yani Abdul Rahman pada tahun 2004, lebih 15 tahun menyulam cinta bersama.

MH mendoakan agar jodoh Ifa bersama suami kekal hingga ke akhir hayat.

Foto : Instagram Ifa Raziah

Published by
Nazar Rafiqhi