Kecewa apabila namanya turut terpalit sebagai batu api dalam kes tuntutan saman malu Datuk Seri Vida terhadap pengacara Azwan Ali, jelas Roslan, jangan sesekali membuat andaian atau fitnah.
Kehadirannya adalah semata-mata untuk menyelamatkan keadaan dan mengharap agar kedua-dua pihak berdamai.
Malah tambahnya lagi, dia menjemput Azwan untuk bersama dalam satu pentas kerana sudah lama tidak bekerja bersama. Namun lain pula yang berlaku.
“Siapa Yang Batu API ya….kesian orang macam Ini suka membuat andaian Dan membawa Fitnah….Padahal cik Lan sedaya upaya untuk selamatkan secara damai untuk berbaik ya.
Ads
“Pasal Cik Lan menjemput Diva AA buat show bersama dengan cik Lan secara ikhlas Dan cik Lan sediakan 2 Malam penginapan Di hotel Dan cik Lan pun membayar duit Kepada Diva AA dengan duit cik Lan sendiri ya.
“Tak Salah cik Lan menjemput Diva AA kerana sudah lama tidak membuat show satu pentas bersama dengannya itu niat cik Lan…Kerana Orang ini nak popular Dan sebagai haters terimalah follower cik Lan Akan Komen ya….#Share3…#Love3.
Ads
“Tak tahu Cerita Jangan sesuka hati nak kecam cik Lan ya….aminnn…pasal show pun sekadar tolong Rakan Rakan Artis ya,” ulasnya menerusi laman Instagram.
Malah menerusi sidang media yang diadakan Azwan Ali bagi membuat permohonan maaf, pengacara itu turut menjelaskan Roslan bercakap benar dan telah membayar hotel penginapan dan bayaran perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun, Vida dalam kenyataan di sidang media yang berlangsung nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali.
Foto : Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pengasuh anak penyanyi terkenal Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit memaklumkan berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama.
Perkara tersebut dikongsikan Dayah menerusi IG TV di Instagram yang mana video tersebut antara lain memaparkan momen reaksi si suami yang menyentuh hati sejurus mengetahui akan kehamilannya.
Mengakui sama menyimpan video tersebut sebagai suatu yang istimewa, Dayah turut menitipkan doa, moga-moga anak yang dikandung berada dalam keadaan baik.
“Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah dia. Lindungilah dia & jauhkanlah dia daripda sebarang perkara yg tidak diingini.
“Sesungguhnya engkaulah yg maha menyembuhkan. Tiada penyembuhan selain penawarMu.
“Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini anak yg soleh solehah, sihat sempurna akal fikiran, cerdik, beriman, berakal & beramal soleh.
“Fasihkan lidahnya untuk membaca AlQuran & hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagiMu Ya Allah,” tulisnya pada ruangan komen bersama hashtag #RHjuniorcomingsoon#doakanyangbaikbaik.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang turut sama gembira termasuk Siti yang menitipkan ucapan tahniah.
Dayah Zubit sebelum ini menjadi perhatian peminat bintang berkenaan kerana dia antara individu kepercayaan dalam mengasuh anak sulung Siti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Dayah Zubit
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bayi berusia 8 bulan, adik Umairah Jannah Abdul Muhaimin yang menghidap penyakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu nyata menjadi berita yang dukacita buat kita semua.
Menerusi Instagram rasmi Buletin Utama, video sedutan pengkebumian jenazah Nur Umairah Jannah, yang mengidap penyakit kepala besar atau Hydrocephalus di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tersusun Kledang, Sungai Siput (U) selesai kira-kira jam 10.30 malam tadi, turut dikongsi.
Menerusi kapsyen, jenazah difahamkan telah dibawa dari Kuala Lumpur sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Islah, Sungai Siput.
Bayi berkenaan meninggal dunia semasa menjalani pembedahan membuang lebihan cecair dalam kepala di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 2 petang.
Kisah bayi Jannah yang memerlukan bantuan mendapat perhatian pelbagai pihak antaranya, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Serentak dengan pemergiaan anak syurga itu, pengguna media sosial serta rakan selebriti tidak turut memberikan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah.
Nur Umairah yang dilahirkan Oktober lalu, berada di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin, 19, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.
Penderitaan bayi perempuan itu mendapat perhatian ramai dan sebagai usaha merawatnya Nur Umairah dibawa ke hospital berkenaan 5 Julai lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Berita mengenai masalah kesihatan yang dialami Nur Umairah turut mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang turut meluangkan masa menziarahi Nur Umairah di wad pediatrik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Isnin lalu.
Sumber/Foto: Buletin Utama/Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Atas prinsip meraikan keinginan serta cita rasa kaum di Malaysia khususnya, pemilik premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah RM0.90 sen.
Mencetuskan tular di media sosial dan bertemakan Citarasa Hotel, Harga Warong itu juga dilihat menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna khususnya golongan B40.
Ia dilihat sejajar dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, baru-baru ini, bertujuan memastikan golongan berkenaan khususnyamampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Malah pelakon dan hos, Bell Ngasri turut terkejut dengan harga nasi lemak ditawarkan.
Menerusi video di muat naik, Bell yang terkenal dengan watak Barkoba yang dilakonkannya dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid mencuit hati melakonkan watak orang alim.
Di hujung lakonan drama sebabak, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri yang pada awal skeptikal dengan orang lain sama-sama mengajak mereka menikmati nasi lemak itu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata, apa yang dicetuskan juga sebagaimenangani krisis ekonomi. Terutamanya susulan ekonomi dunia pada tahun ini yang diramal dan diancam kemelesatan.
Dengan RM0.90 itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.
“Sejak dua bulan lalu kita melancarkan promosi nasi lemak serendah RM0.90 ada yang ingat ia hanya sekadar gimik. Tak kurang juga menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.
“Ada yang anggap, angka sen itu tak padan dengan hidangan nasi lemak kami sediakan. Namun semua itu bukan omong kosong, kerana sambutan diterima sampai kami tak menang tangan.
“Pelanggan yang datang pun daripada pelbagai kaum. Kita sedar selama ini, nasi lemak digemari bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain termasuk Cina, India serta mat salih,” katanya.
Menurut Nurina Izz lagi, pihak mereka cuba menyelami keperluan dan kehendak masyarakat yang saat ini berdepan kegetiran hidup.
“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi tawaran harga semurah ini.
“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.
“Ada juga golongan bekerjayang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet. Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti ‘rider’ atau penghantar makanan,” katanya.
Tambahnya lagi, ia juga disifatkan sebagai sisi indah dan murni diserlahkan di premis makanan terbabit.
“Malah dengan bermodalkan RM2 saja, mereka boleh menikmati sarapan pagi dengan sempurna. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami mahu semua datang ke premis tanpa fikir wujud kasta.
“Nikmatilah nasi lemak ini tanpa prejudis kerana ia dihasilkan dengan kasih sayang sentuhan air tangan orang lama. Tambahan pula, nasi lemak ini divariasikan dengan cita rasa tradisional dan barat sekali gus menjadikan ia gabungan orang Malaysia,” katanya lagi.
Selain nasi lemak promosi ditawarkan, premis ada menawarkan Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball.
Selain Pulau Pinang, jenama berdaftar di bawah syarikat Pak Mat Western Sdn Bhd itu hingga kini premis makanan popular dan tular itu turut mempunyai cawangan utama di Johor.
Malah, premis makanan terbabit turut mempunyai‘ekspress mart’ di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal menggegarkan bumi Sarawak, Astro dengan kerjasama TVS kini bersiap sedia membawakan acara skala besar yang bakal menjadi tumpuan warga Borneo khususnya Miri kurang tiga minggu dari sekarang!