
Hujung minggu lalu telah berlansungnya sebuah konsert yang menghimpunkan ramai artis tanah air anjuran sebuah stesen radio tempatan.
Bagaimanapun, konsert tersebut telah dicemari dengan insiden tidak diingini apabila ada penonton yang bertindak melemparkan objek keras ketika kumpulan rock popular, Hujan sedang asyik membuat persembahan.
Insiden tersebut ternyata telah mengundang rasa marah vokalisnya, Noh Salleh.
Video penuh persembahan Hujan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna You Tube.
“Siapa yang bodoh sangat campak barang daripada bawah sampai atas ni?”
“Kau nak kena pukul ke apa,” kata Noh Salleh geram.
Tidak lama kemudian, keadaan kembali tenang sejurus selepas Hujan menyambung semula persembahan mereka.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan kelakuan penonton tersebut.
Pada pendapat MH, Noh Salleh memang berhak berasa marah kerana perkara tersebut boleh mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada anggota kumpulannya yang lain.
Buat penonton, berhibur itu tidak salah, tetapi jagalah etika dan kelakuan anda ketika menghadiri konsert.
Sumber: Youtube Malia Mira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mummy Berhati Mulia, Orangnya Baik,” – Bukannya Sissy Imann Sentap Dengan Mas Idayu, Rupanya Menangis Sebab…

Setelah hampir seminggu mendiamkan diri, penyanyi, Sissy Iman menafikan dirinya tersinggung dengan komen pedas yang diberikan oleh juri, Mas Idayu terhadap persembahannya minggu lalu di program realiti, Famili Duo.
Menurut Sissy, dia sebenarnya amat kecewa dengan dirinya sendiri kerana gagal memberikan persembahan terbaik sewaktu membawakan lagu Jampi bersama gandingannya yang juga merupakan selebriti versatil, Naim Daniel.
“Saya tidak menyimpan perasaan marah pun pada Mas Idayu. Sejujurnya, kalau saya bercerita mengenai apa yang telah berlaku sepanjang minggu lepas, rasanya tak elok untuk kesihatan mental saya.
“Mungkin saya boleh bercerita sedikit mengapa saya menangis pada minggu lepas. Saya terlalu terbawa-bawa perasaan. Bila persembahan tersebut tidak menjadi, saya rasa itu salah saya.
“Masa persembahan minggu lepas pun, saya dapat rasakan Naim telah buat yang terbaik. Saya kecewa terhadap diri sendiri. Itu sahaja sebabnya. Tiada masalah pun diantara saya dan mummy Mas Idayu,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Mungkin Kamu ini juga memaklumkan dirinya amat menghormati Mas Idayu sebagai individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik.
“Kalau ikutkan keadaan sebelum ini, sebagai rakan industri, hubungan kami memang baik. Saya ada mengacarakan sebuah program realiti nyanyian di Sarawak dan saya kerap berjumpa mummy di airport. Kami sentiasa berborak kalau berjumpa.
“Saya mengenali Mas Idayu sebagai seorang yang berhati mulia. Dia memang orang yang baik. Mungkin karaktornya sedikit berbeza mengikut keadaan.
“Saya sangat menghormati Mas Idayu lebih-lebih lagi dengan pengalaman dan ilmu yang dia miliki. Bukan calang-calang orangnya. Saya pun tak boleh nyanyi dangdut sebagus dia.
“Tidak timbul isu sama ada hubungan kami baik atau tidak. Hubungan kami memang baik. Saya cuma kecewa terhadap diri sendiri,” ujarnya lagi.
Pada malam tadi, Naim dan Sissy telah mempersembahkan lagu Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.
Setelah selesai membuat persembahan, Mas Idayu dilihat hanya berdiam diri dan menyerahkan tugasan penjurian kepada Ajai.
Ketika ditanya mengapa mereka tidak merayu untuk mendengar komen daripada Mas Idayu seperti yang dilakukan oleh peserta-peserta lain, ini reaksi yang diberikan oleh Naim;
“Kami datang dengan hati yang terbuka dan saya harap semua orang begitu. Kami tidak mahu ganggu tugas juri kerana tugas kami hanya buat persembahan di atas pentas. Itu tanggungjawab kami sebagai penghibur.
“Kami sudah lalukan yang sehabis baik. Penerimaan tersebut terpulang kepada para peminat, keluarga, media dan pihak juri sendiri. Sebolehnya kami tidak mahu sentuh isu ini kerana kami bukan juri. Ini adalah luar dari kepakaran kami,” katanya.
Naim dan Sissy ditemui media selepas selesai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Terdahulu, duo ini mencipta kejutan apabila turut layak ke konsert akhir bersama tiga lagi peserta duo iaitu Ayda Jebay dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah serta Wani Kayrie dan Bella Astillah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sissy Imann
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahyarhamah Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk…,”- Rizman Ruzaini Kongsi Kisah Sama Arwah Faziani Rohban

Beberapa minggu sebelum sambutan Syawal, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat sebuah kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Kejadian sedih itu berlaku pada 18 Mei lalu.
Lalu menerusi akaun Instagram pereka fesyen, Rizman Ruzaini ada berkongsi kenangan bersama dengan arwah Faziani yang turut mempunyai hubungan rapat dengan orang industri seni.
“Sekalung Takziah kepada keluarga kak @faziani_rohban . Allahyarhamah menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
“Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong #rizmanruzaini bertahun2 lamanya. Setiap kali raya, pasti mereka akan mengayakan rekaan kami.
“Terima kasih.. Semoga roh akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah, ” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Pada masa sama, netizen turut sama menitipkan kata-kata doa dan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
MH mendoakan semoga keluarga Allahyarhzam terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian hidup, salam takziah dan al-Fatihah.
View this post on InstagramA post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Foto : Instagram Rizman Ruzaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seumur Hidup Tak Pernah Hiking,” – Shila Amzah Dedah Sebenarnya Takut Lakukan Aktiviti Ekstrem

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa tidak pernah mencabar dirinya untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti mendaki bukit.
Kongsi penyanyi yang sinonim dengan lagu Patah Seribu, dia akui bahawa tidak berani melakukan aktiviti demikian.
Bagaimanapun, dia cuba atasi ketakutan bersempena dengan ulang tahun suami tersayang.
“Seumur hidup tak pernah hiking. Sekarang selepas 6 bulan melahirkan baru nak Cuba.
“Doakan sha survive. Haris memang selalu hiking and diving dulu sebelum kahwin.
“2 tahun kahwin langsung tak dapat pergi sbb sha tak berani. Tapi semalam birthday dia so inilah hadiah dia paling besar selepas seth ye. I love you baby @hariselias,”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on
Menerusi ruangan komen,rata-rata telah memberikan semangat buat penyanyi itu.
Terdahulu, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 dan dikurniakan seorang anak, Seth Uwais, 1 tahun.
Foto: Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI