Watak Aisyah yang didukung pelakon Noorkhiriah menerusi drama rantaian Nur 2 yang telah pun berakhir awal malam tadi nyata meninggalkan kesan buat para pencinta drama berkenaan.
Lalu, bersempena dengan pengakhiran drama fenomena itu, Khiriah ada menitipkan sesuatu menerusi posting terkininya di Instagram.
“Ecah bahagia walaupun disebalik tirai…Maafkan Ecah bang..Org yg Ecah sayang hujung nyawa di tangan Ecah..Ecah dah tak mampu…itu yg korang nak Ecah buatkan..korang penah terpikir?..akak pun tak penah tpikir tp itulah hebatnya idea abam @budakijat..sb itu sabar.
Ads
“Ecah pasti btindak..hambek kaw bunuh tanpa niat terus nak tgk full tikam kena tgk kat iflix…kt tv bahaya..sekali je tikam lepasss… nak tulis caption panjang2 tak mampu lagi…sebak..syg Ecah weh..tima kasih semua yg menonton..sapa yg maki Ecah,Ecah dah maafkan,” tulis Khiriah.
Malah, bintang itu turut menyayangi krew produksi Nur 2 yang sudah dianggap sebagai famili sendiri.
Ads
“Ecah happy naw..puas atau tidak dengan akhirnya..itulah akhirnya..atas nama Allah Ecah luv #familynur.. tak tersebut satu2… sayang semua…Lillahitaala,” kongsinya sambil memberi kredit kepada para pelakonnya.
Pelakon dan pengarah, Khir Rahman mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya pihak stesen tv melantik sesiapa sahaja untuk menjadi juri bagi program pertandingan lawak meskipun tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia komedi.
Bagaimanapun, Khir berpandangan mereka ini haruslah mempunyai sifat sedar diri dan ruang sebelum memberikan sebarang komentar.
“Yang menjadi keresahan saya bila menonton program pertandingan lawak sebelum ini, ada sesetengah jurinya yang bukan daripada dunia komedi.
“Contohnya bila pihak produksi melantik pemain bola untuk menjadi juri, hampir pastilah dia tiada pengalaman berada di atas pentas dan tak pernah belajar tentang apa itu komedi.
“Jadi, dia harus bercakap dalam kapasiti dan ruang dia sahaja. Sama ada dia terhibur atau tidak. Itu sahaja. Janganlah pula bagi tunjuk ajar untuk buat itu ini. Tak perlu. Ini bukan forte dia,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak menafikan keperluan program-program lawak untuk menjemput para selebriti seperti penyanyi atau pelakon untuk menjadi juri agar penilaian itu dapat dibuat daripada sudut yang pelbagai.
“Saya tak kata ia salah. Saya sambut baik Ayda Jebat jadi juri bersama kami. Dia boleh memberikan penjurian daripada sudut lakonan, nyanyian atau persembahan pentas.
“Bagi kami mungkin tak kelakar tapi bagi dia kelakar. Masing-masing boleh bagi pandangan. Jadi, sedar ruang itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan nampak kamu seperti mengajar tak kena tempat.
“Ayda boleh memberi pandangan daripada sudut mereka yang bukan pelawak. Setidak-tidaknya dia boleh bercakap mengenai citarasa penonton,” ujarnya lagi.
Khir berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Awesome Raja Lawak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
Selain Khir, program ini juga bakal dijurikan oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta pelawak lagenda, Saiful Apek.
Dalam pada itu, Khir turut merasakan para juri harus memberikan penilaian daripada segenap aspek agar potensi sebenar pelawak itu dapat dicungkil.
“Juri tidak boleh ada sikap yang merasakan mereka ini tidak boleh dikritik atau boleh sesuka hati memberikan keputusan hanya kerana mereka juri. Mereka bukan berkuasa penuh.
“Mereka ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Juri ini bukan sekadar untuk menyingkirkan peserta, ada tugasan yang lebih penting.
“Kalau tak kelakar, kita cari potensi lainnya. Bukan main terus buang je. Mungkin peserta itu ada potensi tetapi pasangannya tidak kena.
“Ramai ingat penjurian ini dari sudut kelakar atau tidak sahaja. Kami kena bersama dengan pihak stesen tv untuk buat keputusan.
“Apapun, setiap manusia itu ada maruah. Kita boleh tegur mereka tapi bukan menghina. InsyaAllah kami akan cuba sehabis baik,” akhirinya.
Selepas hampir 9 tahun tiada penganjuran, Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.
Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.
Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.
Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.
Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.
Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.
“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.
“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.
“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.
“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.
Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.
“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau;
my family comes first.
“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.
“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.
“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.
“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.
Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu.
Foto: Instagram Fynn Jamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ijam Majid atau nama sebenarnya, Mohd Norhizam Abdul Majid mengakui produksinya terpaksa menangguhkan hasrat bagi melancarkan single baru sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kalau diikutkan perancangan, single terkininya yang berjudul Permainanmu itu sepatutnya dilancarkan Mac lalu.
Reda atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang ini kini giat mempromosikan kembali single berkenaan, sejurus fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.
Terdahulu, lagu Permainanmu yang bergenre rock balada itu yang dicipta oleh Hery Sejagat.
“Sepatutnya lagu Permainanmu mahu dilancarkan pada Mac, bagaimanapun ia terpaksa dianjakkan kepada bulan lalu atas situasi semasa.
“Mujur, media sosial menjadi antara platform untuk mempromosikan lagu ini di kalangan pendengar.
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima begitu baik dan yang penting kini, saya giat menambah kelompok peminat baru,” katanya kepada MH.
Mahu memberi kepelbagaian dalam aliran muzik semasa agar tidak terlalu terbatas dengan lagu balada cinta semata, Ijam optimis mahu mengetengahkan genre rock dalam setiap lagu yang dinyanyikan.
“Saya pernah tampil dengan single genre rock berjudul Pejuang Cinta setahun yang lalu. Sebelum ini, iramanya lebih ‘fast’ dan agak ‘keras’.
“Akan tetapi menerusi Permainanmu, saya muncul dengan sesuatu yang lebih perlahan iaitu pop rock. Kiranya elemen rock itu masih lagi ada.
“Sebab saya percaya pencinta muzik juga dahagakan kepelbagaian dalam lagu dan inilah yang saya cuba ketengahkan,” katanya lagi.
Selain aktif menyanyi, Ijam terlebih dahulu turut terlibat di dalam dunia lakonan dan pernah membintangi beberapa buah drama tempatan sejak 13 tahun lalu.
Antara drama-drama lakonannya termasuklah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.
Cuma sejak beberapa tahun lalu, Ijam beri fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula tiga tahun lepas.
“Dahulu saya ‘tinggalkan’ dunia lakonan kerana mahu beri komitmen terhadap nyanyian dan bisnes keluarga.
“Kini semuanya sudah pun stabil dan andai ada ruang untuk berlakon selepas ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya,” akhiri Ijam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!