Pelakon terkenal, Rozita Che Wan menyelar dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan kehadirannya di Konsert Aina Abdul 3.0 baru-baru ini disebabkan atas kapasiti tiket percuma.
Menurut Rozita atau lebih disapa Che Ta, sebagai anak seni, dia juga sentiasa menunjukkan sokongan terhadap industri muzik tempatan.
@rozitachewan1 Tak baik mengata kiter eeeeee .. tgk video ni sampai habih ! . #cheta #rcw #rozitachewan #fyp #cuitcuitcheta #byrcw #inaicheta ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
“Amboi, siapalah mulut jahat yang kata saya ni pergi tengok konsert Aina Abdul sebab dapat tiket free? Come on la, saya ni sokong muzik tempatan.
“Kalau anda perasan, saya tak pernah pergi menonton konsert artis-artis antarabangsa. Saya sokong artis seperti Ziana Zain, Anuar Zain, Aina Abdul dan artis-artis lain yang saya suka sahaja.
“Pembetulan! Saya tidak mengharapkan tiket percuma bila nak tengok konsert. Tidak sama sekali,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Jesnita itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Che Ta turut memaklumkan dirinya sanggup menempuh perjalanan jauh daripada lokasi penggambaran semata-mata untuk menonton konsert Aina Abdul itu.
“Lepas habis penggambaran pada 17 November, saya sanggup balik ke Kuala Lumpur daripada Kelantan. Enam jam duduk di dalam kereta.
“Habis sahaja konsert pada 18 November, saya terus ke Terengganu. Sampai sahaja di sana, pagi-pagi tu juga saya teruskan kembali penggambaran.
“Jadi, tolong eh! Saya tak mengharapkan tiket percuma,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Rozita dalam menunjukkan sokongan buat rakan artis.
“Memang terbaik Che Ta.
“Salah orang la cakap macam tu. Che Ta sokong artis tempatan.
“Sokong artis tempatan, kita juga sokong Che Ta.
“Macam ni la yang patut dicontohi. Bukan semua nak percuma je,” antara komen-komen netizen.
Malah, penyanyi, Ziana Zain turut sama menyokong dengan respon yang diberika Che Ta itu.
“Kan Che Ta! Kita beli tiket tahu. Sokong sama antara satu sama lain,” katanya.
Respon sama turut diberikan penyanyi terkenal, Anuar Zain di ruangan komen.
“Terima kasih Che Ta datang sokong konsert kita. Hargai sangat,” tulisnya.
Terdahulu, sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI