Penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza diberi penghormatan apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.
Siti pada masa sama terus berazam untuk optimis memberikan yang terbaik buat semua peminatnya.
Ads
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
Ads
Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.
Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini.
Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Ads
Menerusi Instagram, Siti turut menitipkan dedikasi bersempena dengan berita gembira berkenaan.
Sementara itu, menerusi Insta Stories Pachara pula, bintang berkenaan turut memuat naik beberapa foto sama yang direpost kembali.
Sementara itu, Syafie bakal pula bakal mengikat tali pertunangan dengan adik kepada Afiq yang juga seorang pelakon, Aishah Azmanpada minggu depan. Tahniah buat mereka!
Foto: Instagram Afiq Muiz, Pachara Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan semua yang mengharapkan semoga dirinya segera pulih dari ujian yang dihadapi.
Menerusi sesi ‘live’ menerusi laman sosial Instagram pada petang Rabu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi perkembangan terkini selain meminta maaf andai terlepas pandang ucapan yang diberikan.
“Terima kasih semua sebab mendoakan saya. Mana ucapan yang tak terbalas tu, saya minta maaf. Sebab terlampau banyak sangat.
“Harap ada yang tak berkecil hati. Semoga apa yang didoakan itu akan dimakbulkan Allah, ameen,” katanya.
Malah ketika sesi berkenaan berlangsung, para peminat tidak putus mendoakan kesihatan serta memberikan kata positif buatnya.
Penyanyi Kalis Rindu ini juga berkongsi rawatan yang diambil sebelum melakukan radioterapi dalam tempoh terdekat selain bercakap mengenai berat badannya ketika ini.
“Berat saya sekarang 35 kilogram. Paling terbaru saya timbang adalah pada semalam,” katanya lagi.
Elyana sebelum ini mendedahkan perkara tersebut selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya dengan memuat naik foto berat badan terkininya itu untuk tatapan umum di Insta Story.
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikenali sebagai seorang suami romantis dan bapa penyayang, pemergian Ashraf Sinclair nyata menjadi kisah pilu yang tidak boleh dilupakan terhadap dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Tambahan pula, pemergian Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair memberikan kesan mendalam apabila arwah meninggalkan balu, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair, 10 tahun.
Malah, foto dan video hening saat Bunga di samping anaknya turut mengundang sebak saat dia menitiskan air mata bersebelahan pusara insan tersayang.
Lantas, video tersebut meninggalkan kesan terhadap pelakon, Aeril Zafrel sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak.
“Lihat video ni. Aku terbayang ..mungkin begini situasi isteri dan anak2ku.. bila aku pergi nanti,” tulisnya.