Polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri semalam, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun.
Menerusi Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat bagaimanapun memaklumkan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
“Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam.
“Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini seperti yang dipetik.
Terdahulu pada semalam, Fadzil dalam satu kenyataan, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, Sabtu lalu.
Dalam laporan polis yang diterima pada jam 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan Aliff mendera anak angkat perempuannya yang berusia dua tahun.
Ads
Menurut Fadzil, polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan .
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2012.
BH sebelum ini melaporkan polis sudah merakam percakapan Aliff sebaik menerima laporan berhubung kes itu.
Polis juga sudah merakam percakapan terhadap empat saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit yang terletak di Petaling Jaya.
Ads
Berdasarkan aduan pengadu, suspek memukul anak angkatnya pada Jumaat lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.
Pengadu mendakwa suspek turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak menuruti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.
Susulan itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.
Ads
Satu salinan laporan polis dipercayai berkaitan kes berkenaan turut tular di media sosial, sejak semalam.
Antara isi kandungan laporan polis itu turut menyebut suspek memukul kanak-kanak itu dengan kasut pada badan selain mencubitnya sehingga meninggalkan kesan.
Semalam, Aliff dijadualkan mengadakan satu sidang media pada jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu di pejabatnya di Kota Damansara.
Bagaimanapun sidang media itu dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh dilaman sosial sejak petang semalam apabila instafamous, Hafiz Mahamad dikatakan menghina makanan tradisi masyrakat Borneo iaitu ambuyat.
Bagaimanapun, Hafiz telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instgramnya beberapa jam lalu.
“Salam everyone ..
“Saya nak minta maaf jika ada salah faham video semalam, saya tak pernah menghina makanan tradisi sebaliknya saya support & memperkenalkan makanan tradisi kepada orang ramai..
“Disebabkan 1comment, semuanya jadi salah faham. Apa apa pun saya tetap memohon minta maaf, tulis Hafiz di ruangan kapsyen.
Video tersebut dirakam Hafiz dan dia menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Semalam saya ada post satu video makan ambuyat di Brunei.. Time tu saya ,wife dan team mkn di sebuah restoran..
“Actually, kami pernah try ambuyat sebelum ni thn lepas rasanya, tp x pernah try lagi saiz sebesar itu.. so, saya buat video sbb nk tngok reaction Aaina..
“Lepas post video itu, pada mulanya komen tu semuanya okay.. tp ada satu komen individu ni ckp ‘kenapa hina mknn tradisi kami, cakap mcm kahak’..
“Tapi sebenarnya saya cakap dengan Aaina ‘telah mcm mana cara kita telan kahak.’..bukan sy anggap ambuyat tu mcm kahak!,” jelas Hafiz.
“Tapi tak apa,saya minta maaf jugakkalau ada salah silap.. bila kita buat posting, macam-macam pendapat org.. sejujurnya, saya tak ada menghina makanan tradisi.. tak ada menghina kaum, bangsa lain.. Sebaliknya saya support mereka,”kata Hafiz.
Lebih terperinci, Hafiz sempat screenshot komen individu terbabit yang memulakan salah faham mengenai video tersebut.
“Aku kena kecam, dihina aku boleh & mampu diam sahaja tapi jangan sesekali melibatkan keluarga, isteri & anak aku .. @mirasairah saya doakan semoga jadi wanita, ibu & isteri yang baik,” tulis Hafiz.
Terdahulu, Hafiz ada memuat naik video yang memaparkan aksi isterinya, Syafiqah Aaina memakan ambuyat dan mengeluarkannya semula (loya) selepas dicabar oleh Hafiz.
Pelakon, Sheera Iskandar berkongsi perkembangan terkini bapa tercinta, Tengku Iskandar Putra yang kini telah jatuh sakit.
Sheera atau nama lengkapnya Tengku Shaheera Ilani memaklumkan tersebut bersama para pengikut di Instagram miliknya.
Serentak dengan itu, pelakon yang sinonim dengan drama Janji Diana ini memohon ramai untuk sama-sama mendoakan kesembuhab buat bapanya tersayang.
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat papa. Syafakallah. Mohon doa dari sahabat2 semua buat Ayahanda Sheera Semoga sihat seperti sediakala.
“Sheera dengan adik Sheera, Tengku Mia terpaksa bertolak balik KL atas urusan kerja Semoga papa terus sihat, kami sentiasa mendoakan walau dari jauh,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta peminat menitipkan kata-kata semangat buat aktres berusia 36 tahun supaya terus kuat dan tabah selalu.
“Be strong,semoga sembuh seperti sediakala..,” tulis rakan pelakon, Salina Saibi.
“Semoga papa akak @sheeraiskandar sihat seperti sediakala .. saya tahu akak kuat untuk hadapi ujian ini saya sentiasa ada untuk akak,” titip seorang peminat.
“Semoga diberikan kesembuhan secepat mungkin hendaknya Yo Amin ya Rabbal Alamin,” tulis lagi seorang wargamaya lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika kebanyakan pelakon menolak untuk membawakan watak orang ketiga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bagaimanapun terbuka untuk menjayakan karakter sedemikian sekiranya diberikan tawaran daripada pihak produksi.
Menurut Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, sebagai seorang pelakon dia ingin mencuba pelbagai bentuk cabaran watak dan karakter penyondol merupakan salah satu daripadanya.
“Bagi saya, jika saya pilih untuk jadi seorang pelakon memang saya terbuka untuk apa sahaja jenis watak, watak cacat ke watak penyondol ke, kita cuba.
“Untuk bawa watak penyondol, saya terima sahaja.. realiti kehidupan pun memang ada semua benda ni (kisah penyondol).
“Memang saya tak kisah, saya terbuka nak bawa watak wanita penyondol sebab saya nak tahu juga apa yang mereka rasa.. seronok ke, bukankah hidup kita jadi tak tenang,” katannya kepada MH.
Bella ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pusat karaoke Loudspeaker yang berlangsung di cawangan terbaharu mereka yang terletak di Datum Jelatek Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketika ditanya tidakkah dia risau sekiranya lakonannya itu akan dibenci penonton, Bella menyatakan sekiranya perkara itu berlaku bermakna dia telah menjalankan kerjanya dengan baik.
“Sebenarnya kalau orang benci maksudnya lakonan itu menjadi.. kalau saya tak buat, sampai bila-bila saya tidak akan melalui proses itu.
“(Dengan memang pelbagai watak) dekat situ kita akan melalui banyak proses dan pengalaman yang mungkin sebelum ini saya tak pernah lalui.
“Selalunya kalau saya dapat mana-mana tawaran lakonan, saya memang akan bercerita dahulu dengan Aliff dan begitu juga dia,” katanya lagi.
Untuk info, Bella dan Aliff Aziz, 32, mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Rumah tangga mereka sebelum ini pernah beberapa kali diduga apabila Aliff sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...