Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman akaun Instagram.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mendedahkan, dia tidak pernah berpisah dengan anak gadisnya, Cik B dalam satu tempoh masa yang lama.
Lalu, Vida telah hadir ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk bertemu dengan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ketika membuat sesi latihan di pentas Muzikal Lawak Superstar musim kedua.
“Tak pernah BERPISAH LAMA DGN CIK B…KALI NI LAMA..CIK B KENA DOK KL KERANA KOMITMEN DALAM MUZIKAL LAWAK.
“CEPATNYA MASA BERLALU. CIK B DAH 15 TAHUN..2 Minggu @cikb_havoc66 tak balik, sibuk dengan show sini sana, muzikal lawak superstar lagi.
“Semalam saya ada meeting di Putrajaya.
“boleh saya melawat Cik B. saya bawak makanan favourite dia. Dapat jumpa cik B MELEPASKAN RINDU..,” tulis Vida.
Selepas menceburi dalam nyanyian dan lakonan, kini Cik B kini turut melibatkan dalam rancangan hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna.
Antara 14 kumpulan yang bertanding di dalam program berkenaan, Cik B bersaing bersama kumpulan ABC yang dianggotai pelawak Achok dan Chiwan (Chilok).
Foto: Instagram DSV