Sudah pasti ada yang merindui nyanyian Farah AF2 atau nama sebenarnya, Farah Diana Anuar yang lebih 15 tahun sepi dari sebarang naskhah baru dalam karier nyanyian.

Lebih menonjol sebagai hos ketika ini, bintang yang terkenal dengan lagu Antara Dua itu sempat berkongsi soal perkembangan terkininya kepada MH.

Farah menjelaskan, dia kini telah banyak meluangkan masa bersama keluarga selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

“Alhamdulillah dikurniakan dua puteri selepas berumah tangga sejak tahun 2011. So saya sibuk membesarkan anak-anak.

Ads

“Soal kerjaya, saya masih lagi menjalani kerja-kerja di studio sebagai pengacara. Terbaru, saya baru habis rakaman 13 episod untuk siaran RTM dan masih lsgi bersama stesen Al-Hijrah mengendalikan program live Assalamualaikum,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Farah juga kini terpilih sebagai hos yang disenarai pendek menerusi Pencarian Hos Program Mingguan Wanita musim terbaru.

Ads

“Ya, saya turut terpilih sebagai finalis Top 9 Mingguan Wanita yang bakal diumukan pada 28 Mac depan. Doakan agar semuanya dipermudahkan, ”kata Farah kepada MH.

Ads

Disamping itu, penyanyi kelahiran dari Kuala Lumpur itu turut mengakui dia merindui momen menyanyi dan kini sedang berusaha untuk melancarkan single baru.

“Saya ada dapat satu demo daripada Akim. InsyaAllah saya sedang proses ke arah itu untuk keluarkan single baru.

“Saya nak kembali, rindu bila tengok kawan-kawan ada single baru, masuk studio dan sebagainya. Malah, Konsert Reunion AF2 Ogos depan boleh ubat kerinduan menyanyi juga,” terangnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI